web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nikmati Roti Canai Gaya Baharu Dengan Rollti

Restoran On-the-Go ini mempersembahkan hidangan kegemaran rakyat Malaysia dalam cara inovatif, enak dan menyelerakan

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 12:44PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda anak jati Malaysia, pasti anda mengenali hidangan buruan ramai di waktu pagi ini, roti canai. Hidangan yang sentiasa memancing selera ini bukan sahaja dijual di warung tepi jalan, malah ia juga tersedia di hotel berbintang lima.

Lain orang, lainlah caranya menikmati sekeping roti canai. Ada yang suka makan dengan kari, kuah dal, ada yang terliur dengan cicah gula atau susu pekat manis dan ada juga yang suka dengan kuah banjir. 

Kini penggemar roti canai punya cara lain untuk menikmati roti canai. Lebih moden, lazat dan mungkin juga menyihatkan. Panjangkan langkah anda ke Rollti, restoran berkonsepkan grab and go Malaysia yang menawarkan hidangan roti canai yang inovatif dan tersendiri.

Daripada menikmati roti canai secara konvensional, di sini roti canai disajikan dengan membungkusnya dengan pelbagai sayur-sayuran segar, protein berperisa, dan sos inspirasi tempatan yang luar biasa seperti rendang, sambal, sate, kari dan banyak lagi. 

“Rollti adalah masa depan roti canai. Balutan kami bukan sahaja mempamerkan rasa yang mewah dan pelbagai mengikut citarasa rakyat Malaysia, tetapi ia juga adalah simbol kebanggaan dalam tradisi masakan Malaysia.

“Dengan permulaan perniagaan ini, kami sedang mencari untuk ‘melancarkan’ pengalaman baharu untuk pelanggan kami dan akhirnya mengembangkan diri kami ke seluruh negara supaya semua rakyat Malaysia dapat menikmati roti canai dengan sentuhan moden,” ujar  Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif Rollti. 

Keith Loh
Keith Loh

Dalam masa yang sama, beliau juga yakin Rollti memenuhi selera rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Ini kerana menu yang tersedia adalah pelbagai malah ia   menggunakan bahan-bahan halal dan juga inti berasaskan tumbuhan. 

Sebaik sahaja pesanan dibuat, pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana setiap hidangan yagn dipesan disediakan dari A hingga Z yang mengambil masa kira-kira enam ke tujuh minit untuk disiapkan.

Kehadiran Rollti dalam pasaran bertujuan untuk mempersembahkan satu hidangan yang menggabungkan teknologi dan kemahiran bagi mencipta pengalaman menikmati roti canai yang berbeza. 

Anda boleh ke cawangan pertama Rollti yang terletak di Starling Mall, Damansara Uptown dan Nu Sentral, Kuala Lumpur untuk menjamu selera, dan buatlah penilaian sendiri. Lihat sama ada anda menggemarinya, atau anda lebih suka cara yang ‘biasa’.

Oh ya! Bungkusan roti canai di sini terdiri daripada hidangan pedas (savoury) dan manis. Jadi tepuk dada, tanya selera. Antara yang boleh dicuba ialah Beef Mamba Lada, Chicken Sambal Meletop, Chicken Keju Déjà vu, Beef Rindu Rendang, Sardin Mayo Membara, Kaya Raya, Cheezy Nana Choc dan Nyonya Nana Melaka. - Getaran, 3 Mac 20244

Foto : Rollti

Berita Berkaitan

1

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 4 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN