web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nasi Kandar Festival Di KL Tower 27 Dan 28 Januari Ini

‘Surrr! In the Sky’ akan menampilkan lebih daripada 10 restoran nasi kandar kegemaran ramai

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 9:21PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penggemar nasi kandar pasti tersenyum dengan perkongsian kali. Pada  27 dan 28 Januari ini pastikan anda panjangkan langkah ke Menara KL kerana destinasi kebanggaan Malaysia ini akan menganjurkan ‘Surrr! In the Sky’ Festival Nasi Kandar, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, di Tower Terrace.

Festival yang dijangka dibanjiri oleh pemburu nasi kandar ini menghimpunkan barisan penjual nasi kandar di bawah satu bumbung. Antaranya, ialah Yusof Relau, Ayam Negro, Hameediyah, Kapitan, Hussain Pasembor Padang Kota, Saddam, Jamal Mohamed (Ketapang), dan Line Clear.

Kemuncak festival ini adalah pengunjung boleh menjamu selera di Sky Deck bermula jam 8 malam hingga 11 malam pada dua hari penganjuran acara ini. Jadi jika anda ingin meraih pengalaman menjamu selera sambil menikmati panorama bandaraya Kuala Lumpur, pastikan anda tiba pada waktu yang telah ditetapkan. 

Bagaimanapun, untuk menjamu selera di Sky Deck, anda perlu membeli pakej yang berharga RM20 untuk seorang atau RM60 untuk satu keluarga (dua dewasa dan dua kanak-kanak).

Pertandingan Teh Tarik Tawar Hadiah Berjumlah RM10,000

Alang-alang sudah menjejakkan kaki di Menara KL, mungkin anda boleh mencabar diri dengan mencuba nasib dalam pertandingan Cabaran Teh Tarik @ KL Tower yang juga bakal diadakan pada tarikh yang sama. 

Menurut pengurusan Menara KL, cabaran tersebut akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 5 petang dan dijangka akan disertai oleh 50 peserta yang akan menunjukkan bakat tersendiri mereka untuk membuat dan menarik teh yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ini. 

Pertandingan ini akan melibatkan tiga pusingan iaitu pusingan saringan, separuh akhir dan akhir.  Pusingan saringan akan dijalankan pada 27 Januari pada jam 2.00 petang hingga 5.00. Manakala, pusingan separuh akhir dan akhir akan diadakan pada hari kedua, 28 Januari juga pada waktu yang sama dengan diadili oleh tiga juri berpengalaman.

Peserta bertuah berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 untuk tempat pertama, RM3,000 untuk tempat kedua dan RM2,000 untuk tempat ketiga. 

Sila buat pendaftaran awal sekiranya anda berminat di https://forms.gle/v2sVRoVGsqufYNvQ7 . Selain itu, anda juga boleh imbas kod QR dalam poster yang dikongsi oleh Menara KL di akaun media sosial mereka. - Getaran, 20 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

2

TARA 2 tahun yang lalu

Nasi Kandar Terbaik KL? Mestilah Mohd Yaseem!

3

TARA 2 tahun yang lalu

10 Nasi Kandar 'Lejen' Akan Berada Di Festival Nasi Kandaq, Apa Tunggu Lagi?

4

Selera 3 tahun yang lalu

5 Hidangan Paling Laris Di ShopeeFood, Roti Canai Pemenang Tempat Pertama 

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi