web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lepat Daun Semelit, Identiti Penduduk Baling, Kedah

Apabila menyebut mengenai lepat, ramai yang mengetahui ada lepat pisang, lepat labu, lepat ubi kayu dan lepat liat tetapi pernahkah anda tahu mengenai lepat daun semelit?

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 8:49AM

Pelajar Kolej Vhetta a/p Hiang menunjukkan menu Lepat Daun Semelit yang telah siap dimasak ketika demonstrasi masakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Darul Aman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila menyebut mengenai lepat, ramai yang mengetahui ada lepat pisang, lepat labu, lepat ubi kayu dan lepat liat tetapi pernahkah anda tahu mengenai lepat daun semelit?

Bagi yang tidak mengetahui, lepat daun semelit adalah antara makanan yang dianggap identiti penduduk di daerah Baling, Kedah dan pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah di pekarangan Stadium Darul Aman, Kedah amat beruntung kerana berpeluang menyaksikan kaedah pembuatannya. 

Sarimah Md Dom, 57, dari Kampung Felcra Weng dekat Baling berkata dia bersama rakannya, Fadzillah Ahmad, 57, mula belajar membuat kuih itu daripada ibu masing-masing ketika berusia belasan tahun.

"Ini merupakan kuih tradisi di daerah Baling. Daun semelit merupakan antara bahan asas dalam pembuatan kuih (lepat daun semelit) di samping bahan lain iaitu beras, gula, garam, kelapa parut dan santan.

"Proses pembuatan kuih ini mudah sahaja iaitu tulang daun semelit perlu dibuang terlebih dahulu sebelum daun dikisar halus bersama beras yang telah direndam selama dua jam," katanya kepada Bernama.

Sarimah berkata bahan kisar itu kemudian digaul bersama gula, garam, kelapa parut dan santan sebelum dimasukkan ke dalam daun semelit seterusnya dikukus selama 15 hingga 30 minit dengan api sederhana.

"Ia enak dimakan panas-panas bersama kopi O panas. Daun semelit tidak mempunyai bau tetapi apabila dimasak, ia akan mengeluarkan aroma wangi dan itu menambah keenakan rasa kuih yang sudah sedia manis dan berlemak," katanya sambil menambah mereka yang ingin merasa kuih itu perlu datang ke Baling kerana ia tidak ada di tempat lain. 

Beliau berkata daun semelit mudah dijumpai di kawasan bukit dan ladang getah selain boleh ditanam di kawasan rumah manakala lepat itu kebiasaannya dijual pada harga RM2 untuk lima biji. 

Sementara itu, Pengurus Besar Pengurusan Keusahawanan Felcra Berhad Nasri Nyak Othman berkata pihaknya mahu mengetengahkan semula produk keusahawanan keluaran komuniti desa terutama di bawah bimbingan agensi berkenaan.

"Kita hendak pastikan produk-produk ini dapat diketengahkan semula antaranya kuih daun semelit yang merupakan 'signature' daerah Baling supaya komuniti desa di situ dapat meningkatkan ekonomi mereka selain memperkenalkan makanan-makanan unik kepada generasi muda," katanya.

Jelajah AKM Kedah yang bermula Jumaat hingga Ahad adalah edisi kesembilan penganjuran selepas Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, Kelantan, Sarawak dan Selangor.

Penganjuran Jelajah AKM bertujuan memudahkan rakyat di setiap negeri mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan yang ditawarkan kerajaan. - Bernama

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

03 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 1 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry