web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘The Mac-deka Trio’ Gabungan Hidangan Berkeju dan Pedas, Penuhi Selera Warga Malaysia

‘Mac – deka Trio’ menampilkan tiga pilihan men terdiri daripada ‘Masak Lemak Mac and Cheese’, ‘Super Creamy Mac and Cheese’ dan akhir sekali ‘Crazy Spicy Mac and Cheese’.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 6:00PM

Gambar ihsan Pop Meals

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rakyat Malaysia memang menggemari makanan yang berkeju dan pedas. Ia telah terbukti dalam dalam satu kajian yang dibuat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI). 

Dalam kajian tersebut, Pop Meals telah  memprofilkan  lebih 500 ribu rakyat Malaysia untuk menentukan pilihan perisa yang paling digemari.

Keputusan mendapati 40 peratus responden memilih perisa keju berkrim dan 37 peratus lagi  lebih cenderung  memilih hidangan pedas.

Apabila berkisar kepada sumber protein,  lebih 90 peratus menjadikan ayam sebagai pilihan  hidangan mereka. 

Berdasarkan data inilah, Pop Meals  iaitu restoran makanan segera ini yang ditubuhkan pada 2020 telah mempersembahkan hidangan ‘Mac and Cheese’ yang terdiri daripada tiga pilihan menu yang dinamakan, ‘Mac – deka Trio’. 

Trio ini terdiri daripada ‘Masak Lemak Mac and Cheese’, yang dicipta khas sempena kemerdekaan tahun ini, menu kegemaran ramai, ‘Super Creamy Mac and Cheese’ dan akhir sekali ‘Crazy Spicy Mac and Cheese’. Ketiga-tiga menu ini tersedia sehingga 30 September hadapan. 

‘Mac – deka Trio’ - Gambar ihsan Pop Meals
‘Mac – deka Trio’ - Gambar ihsan Pop Meals

Kami sudah menghidangkan  lebih daripada satu juta  hidangan ‘mac and cheese’ di seluruh cawangan Pop Meals sejak dibuka pada 2020 lalu.  Menu ini juga telah melalui sebanyak 45 proses penambahbaikan sejak ia mula dilancarkan dan kami masih terus menambah baik berdasarkan maklum balas daripada pelanggan.”  

Sempena meraikan Hari Kemerdekaan kali ini, pihak kami tidak mahu ketinggalan membawakan sesuatu yang istimewa kepada rakyat Malaysia. Kami percaya ‘Mac – deka Trio’ mampu memenuhi selera rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang gemarkan makanan berkeju dan pedas,” ujar Pengurus Besar Pop Meals, Shaik Ali. - Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry