web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seputar Selera Minggu Ini

Kami kongsikan perkembangan terbaharu tentang aneka jenama makanan di Malaysia.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 1:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seputar selera minggu ini dimulakan dengan kerjasama pintar di antara syarikat penerbangan Qatar Airways bersama tukang masak selebriti iaitu chef Wan. Disusuli dengan menu terbaharu daripada Ficus Bistro dan diakhiri dengan promosi dari The Chicken Rice Shop sempena ulang tahun yang ke-22.

Kerjasama Pintar Qatar Airways bersama Chef Wan

Bermula 22 Julai 2022, syarikat penerbangan Qatar Airways bakal menyajikan menu istimewa sempena kolaborasi mereka bersama tukang masak selebriti terkenal iaitu Chef Wan. Hidangan ini khas buat penumpang yang terbang bersama Qatar Airways di bawah pembelian tiket penerbangan kelas perniagaan (Business Class).

Antara menu utama yang dihidangkan ialah nasi lamuni bersama isi ikan bakar sos Portugis dan nasi ala negeri Terengganu bersama kuzi kambing. Selain itu, terdapat juga menu ringan lain seperti laksa kari nyonya, sup ekor dan pisang goreng sebagai pencuci mulut serta banyak lagi.

Sebagai pemenang anugerah Katering Atas Pesawat Kelas Perniagaan Terbaik Skytrax Dunia 2021, jalinan kerjasama ini adalah bagi memaparkan keaslian rasa masakan Malaysia ke seluruh dunia.

Dengan ciri-ciri barisan menu masakan melayu klasik dan tradisional Malaysia yang berkualiti daripada Chef Wan sendiri, ia seiring dengan tahap keunggulan perkhidmatan syarikat penerbangan ini. Tambahan lagi, kerjasama pintar ini adalah sempena sambutan ulang tahun Qatar Airways yang ke 25.

Jadi nikmatilah perkhidmatan yang disediakan oleh Qatar Airways dengan penerbangan ke lebih daripada  150 destinasi di seluruh dunia. Ia pasti memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Minum Petang Lazat di Ficus Bistro

Restoran Ficus Bistro telah  melancarkan tambahan menu terbaharu yang cukup mengagumkan iaitu set minum petang yang menawarkan hidangan minum petang ala Inggeris Tradisional dan gabungan Asia. Restoran ini terletak di kawasan kediaman Taman Tun Dr. Ismail di Kuala Lumpur.

Ia sesuai bagi pelanggan yang ingin menikmati minum petang bersama rakan-rakan secara santai sambil menikmati reka bentuk dalaman yang moden. 

Inspirasi menu yang disediakan ini adalah hasil daripada gabungan pelbagai unsur dari segi rasa, kontras dan tekstur bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ficus Bistro dan tawaran menu yang menarik, anda boleh hubungi mereka di talian 03-7733 4887 atau melalui Instagram @ficusbistro.

Promosi The Chicken Rice Shop Sempena Ulang Tahun Ke- 22

Gabungan sempurna antara nasi dan ayam adalah seperti pinang dibelah dua. Sebagai salah sebuah restoran Halal tempatan kegemaran di Malaysia, The Chicken Rice Shop (TCRS) menjemput semua untuk menikmati hidangan mereka dengan tawaran serendah RM 22 untuk 2 orang dan banyak lagi.

Ia juga sempena sambutan ulang tahun restoran nasi ayam ini yang ke-22. 

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan selepas lebih dua dekad usia TCRS dibina, mereka sentiasa dalam misi untuk menghidangkan menu yang diilhamkan daripada pelbagai kaum dengan citarasa tempatan. 

Anda boleh melayari laman seswang rasmi mereka untuk maklumat lanjut mengenai promosi Ulang Tahun ke-22 The Chicken Rice Shop. - Getaran, 27 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN