Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan Salad

Menurut pakar pemakanan, makan salad hampir setiap hari mungkin salah satu tabiat pemakanan paling sihat yang boleh anda amalkan.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 9:45AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudahkah anda makan salad hari ini? Menurut pakar pemakanan, makan salad hampir setiap hari mungkin salah satu tabiat pemakanan paling sihat yang boleh anda amalkan. Bahkan, ia juga salah satu amalan diet yang paling mudah.

Mengapa begitu? Kerana hidangan salad boleh ditemui atau dipesan dengan mudah di restoran atau kafe pilihan anda. Jika tidaknya pun, anda boleh membelinya di pasaraya dan sediakan hidangan kegemaran di rumah sendiri.

Bukan susah pun, bersihkan, potong atau hiris mengikut saiz kegemaran, taburkan kekacang atau buah-buahan pilihan dan gaulkan dengan sos pilihan. Kurang dari 15 minit, anda sudah boleh menikmatinya tanpa rasa bersalah atau sibuk mengira kandungan kalori.

Oh! bagaimana dengan mereka yang tidak suka dengan salad? Mungkin anda perlu disedarkan dengan beberapa fakta penting tentang manfaat kesihatan jika anda mencintai salad dan mula menikmatinya hari ini. Jom semak fakta berikut.

1. Makan salad untuk serat

Sukar untuk mempercayai bahawa sesuatu yang tidak boleh dihadam boleh menjadi sangat baik untuk kita! Makan diet tinggi serat boleh membantu menurunkan paras kolesterol dan mencegah sembelit.

2. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah

Kandungan polifenol yang tinggi di dalam daun salad mampu membantu mengawal jumlah gula di dalam darah. Polifenol ialah komponen semulajadi dalam tumbuh-tumbuhan dan berupaya memberikan kesan antioksida.

3. Membantu menurunkan berat badan

Jika menurunkan berat badan adalah matlamat anda, anda mungkin mahu memulakan sesi makan anda dengan salad hijau. Kajian menunjukkan bahawa makan hidangan pertama yang rendah kalori, seperti salad hijau 150 kalori atau kurang, meningkatkan rasa kenyang sehingga mengurangkan jumlah kalori yang diambil ketika makan.

4. Dapatkan lemak ‘bijak’ 

Memasukan lemak ‘bijak’ (high-density lipoprotein) seperti yang terdapat dalam minyak zaitun, avokado dan kekacang) dengan sayur-sayuran nampaknya membantu badan anda menyerap fitokimia pelindung, seperti likopena daripada tomato dan lutein daripada sayur-sayuran hijau gelap.

Kajian yang dillakukan oleh Ohio State University mengukur sejauh mana fitokimia diserap oleh badan selepas orang makan salad, lobak merah dan bayam, dengan atau tanpa dua setengah  sudu besar avokado.

Hasilnya mendapati, pemakan avokado  menyerap lapan kali lebih banyak alfa-karotena dan lebih daripada 13 kali lebih banyak beta-karotena (kedua-duanya dianggap membantu melindungi daripada kanser dan penyakit jantung) berbanding kumpulan yang makan salad tanpa avokado.

Empat sebab di atas hanyalah sebahagian daripada manfaat kesihatan mengambil salad dalam diet harian. Jika anda mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga, mulalah ubah tabiat pemakanan (kalau belum). Masak sendiri atau tidak, itu bukan alasan untuk anda culas dalam mengamalkan diet sihat. Banyak pilihan di luar sana.

Pilihan sihat dan berkhasiat di Trace Restaurant And Bar

Hotel Element Kuala Lumpur baru-baru ini juga memperkenalkan kaunter salad untuk bufet makan malam terbaharu mereka. Pendekatan terbaharu ini sempena meraikan ulang tahun mereka yang kelima.

Barisan atau pilihan menu kali ini mementingkan kesihatan dan kesihatan untuk tetamu yang menjamu selera di restoran hotelnya, Trace Restaurant And Bar yang terletak di aras 40.

Sesuai dengan penjenamaan hotel yang melambangkan keseimbangan, seleksi hidangan mereka kali ini  menawarkan pilihan yang sihat untuk menu ala-carte dan bufet sambil mengekalkan beberapa hidangan kegemaran ramai kepada pengunjung.

Sebagai tanda betapa komitednya mereka ke arah pemakanan yang lebih sihat, hotel ini juga telah memulakan misi dari ladang terus ke meja dengan kerjasama BoomGrow, perintis industri perladangan yang memudahkan akses kepada makanan sihat dan hijau.

Sebuah kaunter didedikasikan kepada BoomGrow bagi menempatkan pelbagai jenis salad. Terdapat arahan atau panduan untuk pengunjung memilih salad yang ideal untuk disuai padan dengan makanan pilihan! 

Sayur-sayuran dituai dari tengah-tengah Kuala Lumpur dan dihidangkan segar, dengan objektif untuk mencerminkan barisan bufet 'Flavors at 40' yang baru dilancarkan.

“Selepas dua tahun terkurung, rakyat Malaysia kini lebih terarah mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih bersih dan sihat dengan melebihkan sayur-sayuran atau hidangan berasaskan tumbuhan dalam diet harian. Menu terbaharu yang diperkenalkan ini bukanlah tidak mempunyai hidangan daging atau protein, tetapi kami telah memasukkan lebih banyak sayur-sayuran tempatan,” ujar  Ketua Eksekutif Chef, Mohd Taib Ridhwan.

Bufet makan tengahari tersedia setiap Sabtu dan Ahad dari jam 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang. Sementara bufet makan malam  tersedia setiap hari Jumaat dan Sabtu, dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ikuti @elementkualalumpur di Instagram. - Getaran, 13 Jun 2022

Gambar: Unsplash / Rahayu Mat Nah


 

Berita Berkaitan

1

Selera 11 bulan yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

2

Selera 11 bulan yang lalu

Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Anwar Doa Erdogan Terus Kuat, Keadaan Kesihatan Bertambah Baik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mi Segera Tetap Kegemaran Ramai Meski Terdapat Karsinogenik Dalam Produk Tertentu

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi