Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pesona Rasa Hidangan Pan-Asia Mewah

Istimewa untuk anda yang mementingkan rasa dan suasana ketika menjamu selera, Getaran membawa anda ke lokasi selera bertaraf lima bintang untuk menyingkap kemewahan cita rasa inspirasi Pan-Asia.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 8:04PM

Gambar oleh Nooreeza Hashim

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kota metropolitan Kuala Lumpur tidak pernah kalah dalam mempersembahkan pengalaman kulinari yang memikat selera kepada setiap penghuninya, mahupun tetamu yang datang bertandang. 

Biarpun tidak dinobatkan sebagai syurga makanan, namun kota ini punya atlas menu yang bukan kepalang. Apa sahaja menu yang terlintas di fikiran, tidak mustahil untuk anda mendapatkannya. Daripada makanan jalanan, sehinggalah hidangan bercita rasa mewah.

Istimewa untuk anda yang mementingkan rasa dan suasana ketika menjamu selera, kali ini Getaran mahu membawa anda ke lokasi selera bertaraf lima bintang untuk menyingkap kemewahan cita rasa inspirasi Pan-Asia.

Terletak di tingkat 8, W Kuala Lumpur, Flock diterajui oleh Sous Chef Eksekutif, Suhalmi Mohammed Tasir dan Cef Pastri, Kevin Yong dengan bimbingan Cef Eksekutif, Haznizam Hamzah.

Menampilkan ruang dapur terbuka, Flock adalah sebuah restoran yang mesti anda kunjungi pabila mencari kelainan dalam menjamu selera.

Setiap hidangan yang dipersembahkan di sini punya keunikan sendiri. Ini bukan omongan kosong, jauh sekali kerana berat sebelah. 

Bayangkan betapa bahagianya hati apabila dapat menikmati makan tengah hari atau makan malam yang lazat dalam suasana yang mewah dan santai.

Lebih-lebih lagi setelah sepagian atau seharian melalui saat-saat sukar. Jika bukan kerana bebanan fikiran pun, Flock tempat ideal untuk anda memanjakan lidah.

Memang benar, kunjungan Getaran ke sini kerana memenuhi undangan pihak pengurusan yang mahu memperkenalkan seleksi menu terbaharu, tetapi kehebatan rasa setiap hidangan tidak mampu disangkal. Ia melangkaui apa yang kami bayangkan.

Cef Suhalmi berjaya mewujudkan sensasi rasa pada setiap suapan. Setiap kali hidangan sampai ke meja, kami begitu teruja untuk menjamah. Memikat di mata! 

“Untuk menu terbaharu ini, kita lebih bermain dengan bahan-bahan organik premium dengan mengangkat cita rasa Pan-Asia sesuai dengan konsep restoran ini.

“Untuk menghasilkan seleksi hidangan makan tengah hari dan malam ini, kami mengambil masa hampir tiga bulan tiga bulan untuk mencipta sesuatu yang segar dan punya keunikan sendiri.

“Malah, saya saya sendiri turun ke ladang yang terletak di Cameron Highland untuk melihat sendiri sayuran organik yang kami gunakan di dapur.

“Untuk makan tengah hari, kami menghasilkan sajian atau hidangan yang memberi keselesaan dan easy-to-go kepada setiap pengunjung. Maklumlah selalunya mereka yang datang ke sini pada waktu tengah hari adalah mereka yang bekerja.

“Ada sandwic, burger, pasta dan pelbagai hidangan Asia yang menjadi kegemaran ramai. Paling penting, pelanggan tidak perlu menunggu lama kerana mereka punya waktu makan yang terhad. Saiz hidangan juga cukup ideal untuk seorang individu.

“Untuk makan malam pula, kami pertingkatkan pilihan menu yang boleh dikongsi bersama keluarga ataupun teman-teman kerana waktu ini pengunjung punya banyak masa untuk bersantai sambil berbual-bual.

Antaranya kami ada seafood rice pot, daging wagyu yang dimasak menggunakan batu gunung berapi panas (hot volcanic stone) dan juga grilled spiced spring chicken yang boleh dipesan dalam saiz setengah atau seekor,” ulas Cef Suhalmi panjang lebar. 

Jadi hendak tahu apa hidangan yang disediakan untuk kami baru-baru ini? Jom semak info di bawah. Memandangkan ini adalah sesi perkenalan dengan menu baharu Flock, jadi kami berkesempatan menikmati kombinasi hidangan makan tengah hari dan malam.

 

1. Cameron Heirloom Tomato (makan tengah hari dan malam)

Perfect! Hidangan ini bukan sahaja cantik di mata, tetapi memikat selera. Kombinasi tomato Heirloom, sos selasih, buah delima, krim keju ricotta dan kepingan biskut menghasilkan rasa yang cukup segar dan membangkitkan selera.

Tidak keterlaluan jika dikatakan menu ini mampu memikat sesiapa sahaja yang anti sayuran. Penyatuan rasa kesemua bahan-bahan premium ini membuatkan anda sukar untuk berhenti!

 

2. Wagyu Striploin (makan malam)

Jika berbicara tentang daging wagyu, anda boleh bayangkan sendiri kelazatannya yang manis, berjus dan lembut.

Hadir bersama batu gunung berapi panas (hot volcanic stone) untuk dimasak sendiri oleh pengunjung, hidangan ini disempurnakan dengan dua pilihan sos iaitu sos daun ketumbar menyegarkan dan juga sos miso pedas yang memikat.

 

3. Stir Fried Quinoa and Fregola (makan tengah hari dan malam)

Jika anda sedang diet, ini menu yang patut anda pesan. Biarpun namanya mungkin biasa sahaja, namun percayalah ia melangkaui apa yang ada bayangkan. Tidak keterlaluan, jika dikatakan hidangan ini mampu memikat sesiapa sahaja.

Kami sendiri berjaya menghabiskan hidangan ini dengan sekelip mata. Malah, turut menghabiskan pinggan kedua yang cef sediakan untuk tujuan fotografi!

 

4. Pan Roasted Salmon Trout (makan tengah hari)

Menu barat yang disuntik dengan elemen rasa Asia yang mewah dengan herba dan rempah. Bintang utama hidangan ini bukan sahaja terletak pada kepingan salmon, tetapi pada sosnya yang memikat.

Pada suapan pertama anda sudah boleh tersenyum kerana sosnya terasa bagaikan kuah asam pedas yang popular di Melaka. Kehadiran ubi bit turut memberi sensasi rasa yang luar biasa dan unik.

 

5. Bubur Cha Cha  (makan tengah hari dan malam)

Jika ternampak nama hidangan ini pada daftar menu, jangan pandang sebelah mata. Ini kerana ia bukanlah bubur cha cha yang pernah anda masak atau beli di bazar Ramadan.

Tetapi ia adalah bubur cha cha yang lain daripada yang lain. Tampil lebih elegan, namun masih punya rasa tradisional yang semua orang tahu, terutamanya masyarakat Melayu. 

Jadi bagaimana? Ada yang berjaya mengumpan anda untuk ke Flock, W Kuala Lumpur? Kalau ada, rancanglah bersama teman atau ahli keluarga untuk pengalaman kulinari yang luar biasa! - Getaran, 6 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 11 bulan yang lalu

Aliff Syukri Tak Tahan Dimaki, Terpaksa Jujur Pasu Pecah Sekadar ‘Prank’

2

TARA 1 tahun yang lalu

Manjakan Diri Dengan Hidangan Teassentials Di W Kuala Lumpur

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Athiya Shetty - KL Rahul Nafi Terima Hadiah Perkahwinan Mewah, Suniel Shetty Keluarkan Kenyataan Rasmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Video Curi Aksi Wanita Tukar Pakaian Dijual Di Media Sosial

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 1 hari yang lalu

Pelan Insurans Perjalanan Serendah RM3.00 Untuk Percutian Bebas Kebimbangan

Pelan daripada SeaMoney dan Allianz memberi jaminan keselamatan sedunia

oleh Rahayu MN