web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aliff Syukri Tak Tahan Dimaki, Terpaksa Jujur Pasu Pecah Sekadar ‘Prank’

Menurut Aliff, apa yang dipaparkan di video berdurasi kurang 2 minit itu hanyalah sebahagian daripada tugasnya sebagai tetamu program berkenaan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 8:06AM

Menurut Aliff, apa yang dipaparkan di video berdurasi kurang 2 minit itu hanyalah sebahagian daripada tugasnya sebagai tetamu sebuah program - Gambar Instagram

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berikutan bertubi-tubi penghinaan yang diterima, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya terpaksa membuat pengakuan insiden pasu pecah yang melibatkan pelakon Yana Samsudin hanyalah sekadar ‘prank’ semata-mata. 

Menurut Aliff, apa yang dipaparkan di video berdurasi kurang 2 minit itu hanyalah sebahagian daripada tugasnya sebagai tetamu program berkenaan dan bukanlah sebuah kaedah pemasaran murahan seperti didakwa beberapa pihak. 

“Kenapa kalian hina saya? Apa salah saya? Saya hanya buat kerja saya sahaja.

“Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai artis jemputan tapi penghinaan netizen kepada saya sangat melampau. Sedih saya,” katanya dalam video khas yang dimuat naik di laman Instagramnya. 

Bukan itu sahaja, Aliff yang juga didakwa memegang status penyanyi nombor satu negara itu turut menegaskan tiada sebarang pergaduhan besar berlaku dan ia hanyalah sekadar kandungan untuk program khas raya bersama-sama selebriti tanah air. 

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, ini bukan sebahagian daripada marketing mana-mana pihak, mahupun tiada pergaduhan sebenar berlaku.

“Tapi ini adalah semata-mata perancangan untuk memerangkap Yana Samsudin dalam sebuah program. Diharapkan video ini dapat menjelaskan situasi yang berlaku,” katanya. 

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video Aliff Syukri mengamuk dan mendakwa Yana telah memecahkan pasu mewah miliknya. Yana juga diminta membayar pampasan sebanyak RM400,000. – Getaran, 19 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Aliff Syukri, Isteri Raikan Pekerja Sebagai Tanda Penghargaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Klip Video Raya: MCMC Rakam Percakapan Aliff Syukri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang