web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Klip Video Raya: MCMC Rakam Percakapan Aliff Syukri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 8:41PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC di sini, hari ini.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, rakaman percakapan itu dibuat susulan aduan yang diterima pihaknya berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik itu, baru-baru ini.

"Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

"Ini termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588], yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain," menurut MCMC.

Menurut MCMC, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 dan jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua-duanya sekali.

"Setelah kertas siasatan siap, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

MCMC juga memaklumkan pegawai penyiasat telah menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Aliff Syukri, Isteri Raikan Pekerja Sebagai Tanda Penghargaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Kenyataan Berunsur Fitnah, Aliff Syukri Disaman RM70 Juta

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad