web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Athiya Shetty - KL Rahul Nafi Terima Hadiah Perkahwinan Mewah, Suniel Shetty Keluarkan Kenyataan Rasmi

Bahkan, Suniel pula dikatakan telah menghadiahkan sebuah pangsapuri mewah di Mumbai yang bernilai INR 50 crore (RM 25,940,000.00) kepada Athiya (anak perempuannya).

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 2:12PM

Sekitar majlis perkahwinan Athiya Shetty dan KL Rahul - Gambar Instagram Athiya Shetty dan Suniel Shetty

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anak perempuan kepada aktor Suniel Shetty, Athiya Shetty yang juga seorang aktres, baru sahaja mengahwini cinta hatinya, KL Rahul dalam sebuah majlis perkahwinan yang cukup indah dan sempurna, baru-baru ini.  

Athiya dan KL Rahul yang juga seorang pemain kriket benar-benar kelihatan sama cantik dan sama padan ketika melalui hari bersejarah mereka sebagai pasangan raja sehari. Ramai yang memuji mereka sebagai pasangan yang sangat cocok. 

Namun, beberapa hari selepas bergelar suami isteri, timbul pula gosip mengatakan bahawa pasangan selebriti yang baru berkahwin ini banyak menerima hadiah yang mewah dan mahal daripada kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan Bollywood termasuk Salman Khan, Jackie Shroff, Virat Kohli, Ms Dhoni dan ramai lagi. 

Bahkan, Suniel pula dikatakan telah menghadiahkan sebuah pangsapuri mewah di Mumbai yang bernilai INR 50 crore (RM 25,940,000.00) kepada Athiya. Khabar lain mengatakan Salman Khan telah menghadiahkan pasangan mempelai ini dengan sebuah kereta Audi berharga INR 1.64 crore (RM 850,668.00). 

Tidak hanya itu, Aktor Jackie Shroff pula dilaporkan telah memberikan hadiah jam tangan Chopard dengan nilai INR 30 lakhs (RM 155,610.00) kepada pasangan ini, manakala Arjun yang merupakan kawan rapat Athiya menghadiahkannya gelang tangan berlian bernilai INR 1.5 crore (RM778,200.00).

Sementara Virat Kohli pula dikhabarkan memberikan KL Rahul hadiah kereta BMW yang harganya mencecah INR 2 crore (RM1,037,800.00) dan Dhoni pula menghadiahkannya motosikal Kawasaki Ninja berharga INR 8 lakh (RM 41,520.00) 

Khabar-khabar angin yang timbul ini menyebabkan Suniel Shetty dan keluarganya terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan segala dakwaan tersebut. 

“Semua laporan yang diterbitkan sama sekali tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Kami memohon rakan media agar mengesahkan sebarang butiran laporan dengan kami dahulu sebelum menerbitkan maklumat yang salah dalam domain awam,” katanya. 

Athiya dan KL Rahul berkahwin di rumah ladang Suniel Shetty di Khandala pada 23 Januari lalu. Pasangan itu juga berkemungkinan akan menganjurkan majlis resepsi perkahwinan selepas perlawanan IPL yang katanya bakal dihadiri sekurang-kurangnya 3,000 tetamu.

Athiya mungkin tidak lama lagi akan kembali bekerja semula selepas selesai semua majlis yang berkaitan dengan perkahwinannya. Aktres ini juga dilaporkan bakal terlibat dengan beberapa projek menarik di platform OTT. - Getaran, 27 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aliff Syukri Tak Tahan Dimaki, Terpaksa Jujur Pasu Pecah Sekadar ‘Prank’

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Video Curi Aksi Wanita Tukar Pakaian Dijual Di Media Sosial

3

Politik 3 tahun yang lalu

Status Masih Jadi Persoalan, Video Mahligai Mewah Asri Pula Tular!

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shahid Kapoor Bangga Tayang Kediamaan Baharunya Menerusi Balkoni

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang