web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Curi Aksi Wanita Tukar Pakaian Dijual Di Media Sosial

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 4:26PM

Video tersebut dipercayai diambil oleh individu tidak bertanggungjawab menggunakan kamera tersembunyi yang dipasang dalam bilik persalinan di butik pakaian berjenama - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa video memaparkan aksi wanita sedang mencuba pakaian dipercayai di pusat beli belah di ibu negara, tular di laman sosial.

Video tersebut dipercayai diambil oleh individu tidak bertanggungjawab menggunakan kamera tersembunyi yang dipasang dalam bilik persalinan di butik pakaian berjenama, sebelum rakaman tersebut dijual melalui media sosial.

Perbuatan keji itu didedahkan oleh seorang pemilik akaun Twitter @meleisgw namun ciapan asal tersebut sudah dipadamkan daripada laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun, dalam beberapa ciapan berbeza @meleisgw berkongsi, terdapat beberapa mangsa sudah menghubunginya berhubung penularan video terbabit.

Susulan daripada pendedahan itu, Getaran difahamkan jenama pakaian tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Perbuatan keji itu didedahkan oleh seorang pemilik akaun Twitter @meleisgw namun ciapan asal tersebut sudah dipadamkan daripada laman sosial berkenaan - Gambar ihsan PDRM
Perbuatan keji itu didedahkan oleh seorang pemilik akaun Twitter @meleisgw namun ciapan asal tersebut sudah dipadamkan daripada laman sosial berkenaan - Gambar ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan Isnin lalu.

"Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, menerima laporan kes berkenaan pada 4.38 petang, Isnin lalu berkaitan kejadian rakaman ini.

"Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenalpasti tarikh dan lokasi kejadian berlaku," katanya kepada Getaran ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Getaran, 11 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Dalam Inap Desa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Kesan Lelaki Bantu Siasatan Kes Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Kamera Tersembunyi Di Inap Desa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad