web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keropok Kupang Buah Tangan Wajib Kampung Sg. Melayu, Johor

Pernahkah anda terfikir bahawa terdapat juga keropok yang diperbuat daripada sejenis siput, atau dikenali sebagai kupang?

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Mar 2022 9:01AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila menyebut tentang keropok, yang terlintas di fikiran sudah pasti adalah keropok ikan atau udang yang kebanyakannya dihasilkan di negeri pantai timur.

Namun pernahkah anda terfikir bahawa terdapat juga keropok yang diperbuat daripada sejenis siput, atau dikenali sebagai kupang.

Menurut Masriwatee Arrifin, 52, pengusaha keropok kupang Warisan Masyazira Enterprise di Kampung Sungai Melayu, Kota Iskandar di sini, keropok kupang mempunyai keenakan tersendiri.

“Perusahaan ini sebenarnya warisan kedua-dua ibu bapa saya semenjak tahun 80-an, yang ketika itu mahu memanfaatkan kewujudan penternakan kupang di kampung ini.

“Bermula dengan skala kecil, ia terus berkembang sehingga dikenali oleh pelancong luar termasuk dari Singapura, yang akan datang ke kampung ini untuk aktiviti ekopelancongan,” katanya kepada Bernama.

Masriwatee berkata daripada maklum balas pelanggannya, ramai menyukai rasa keropok itu yang berlemak dan kurang masin berbanding keropok ikan dan udang, sehinggakan ada yang sanggup berkunjung dari Kedah semata-mata untuk mendapatkannya.

“Ada juga yang kata keropok kupang ini merupakan buah tangan wajib dibeli sekiranya berkunjung ke Johor kerana makanan ini hanya boleh didapati di sini sahaja,” katanya.

Berkongsi lanjut, Masriwatee berkata penghasilan keropok kupang tidak sukar seperti yang disangka kerana ia hanya melibatkan proses seperti mengopek, merebus dan mengisar isi kupang sehingga halus.

“Kemudian isi kupang harus diadun dengan tepung ubi, garam dan gula serta diuli sebelum adunannya dibentuk secara memanjang bagi membolehkannya dihiris nipis menjadi kepingan yang akhirnya direbus dan dijemur di bawah cahaya matahari,” katanya.

Masriwatee berkata secara purata 200 kilogram isi kupang digunakan dalam sebulan untuk menghasilkan kira-kira 600 balang keropok kupang kering yang setiap satunya seberat 150 gram.

“Selain dijual di gerai sini, produk saya turut dipasarkan menerusi pelbagai platform atas talian seperti Shopee dan Facebook, dengan harga jualan RM10,” katanya yang turut menghasilkan produk kraf tangan daripada cangkerang kupang. 

Untuk perancangan masa depan, beliau berharap dapat mengembangkan lagi skala perniagaan itu bagi menembusi pasaran lebih luas, sejajar dengan permintaan yang semakin meningkat.

Masriwatee juga berkata dalam tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, perniagaannya turut menerima ‘tempias’ positif apabila hasil jualan meningkat sekali ganda berbanding hari-hari biasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kupang Di Port Dickson Masih Tidak Selamat Dimakan - JPNS

2

Singapura 2 tahun yang lalu

Singapura Sekat Bekalan, Penjualan Kupang Dari Port Dickson

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kupang Di Port Dickson Disahkan Beracun, Dicemari Biotoksin - DOF

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Projek Musang King Di Gunung Inas Langgar Syarat

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN