web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Sekat Bekalan, Penjualan Kupang Dari Port Dickson

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 4:31PM

gambar FB SFA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura telah menyekat bekalan dan penjualan kupang dari Port Dickson, Malaysia, kerana didapati mengandungi biotoksin berbahaya.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, ia telah menerima pengesahan daripada Jabatan Perikanan Malaysia mengenai perkara itu dan sedang bekerjasama dengan pengimport untuk mengesahkan sumber import kupang mereka dan memastikan ia tidak diimport dari kawasan itu.

Agensi itu berkata, ia tidak mengesan sebarang biotoksin dalam import makanan laut termasuk kupang, sejak beberapa minggu lalu, tetapi akan terus memantau keadaan, termasuk pemantauan kualiti air di kawasan ternakan.

"Singapura mengimport kupang dari pelbagai negara seperti China, Malaysia, Jepun dan Vietnam. Industri ini mampu mendapatkan bekalan mereka daripada pelbagai sumber," katanya dalam satu kenyataan, menjawab pertanyaan media.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Aznan Abdullah pada Khamis berkata, sampel air dan kupang di perairan Port Dickson dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya tetapi ia tidak menjejaskan hidupan marin lain.

Sampel air juga diambil di perairan Melaka dan Johor, ia didapati selamat dan tiada penularan alga.

Terdahulu, Jabatan Perikatan Negeri Sembilan dilaporkan mengambil sampel kupang dan air di perairan Port Dickson susulan dakwaan berlaku kes keracunan makanan akibat makanan laut.

Jabatan Kesihatan negeri turut memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang dengan dua kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), wad biasa (lima) dan pesakit luar (satu). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

oleh Amirah Abu Bakar