Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Projek Musang King Di Gunung Inas Langgar Syarat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 12:37PM

Takiyuddin Hassan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Projek penanaman durian Musang King di Gunung Inas, Kupang, Baling, Kedah didapati melanggar syarat penanaman ladang hutan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau memaklumkan, terdapat 11 spesies tanaman ladang hutan, termasuk akasia, batai, getah klon, balak dan jati, namun durian hibrid bukan sebahagian daripadanya.

“(Senarai) Ini tidak termasuk durian hibrid sebagai spesies ladang hutan tetapi ia dilaksanakan di Kedah, di bawah kerajaan negeri seawal tahun 2017 dan pada 2019, kerajaan meluluskan penanaman durian Musang King sebanyak 20 peratus daripada keluasan dibenarkan, masih lagi dibenarkan (ketika itu).

“Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sudah melihat perkara ini sebagai pelanggaran kepada syarat ditetapkan kerana durian hibrid bukan spesies ladang hutan yang ditanam sebanyak 5,000 pokok di keluasan 52 hektar di kawasan Gunung Inas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez bin Abdul Rahim (UMNO-Baling) berhubung kaedah penyelesaian dirancang Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bagi memastikan keselamatan rakyat dijamin, khususnya penduduk di sekitar Gunung Inas berikutan insiden kepala air baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin menambah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah pada 2020 menerusi Menteri Besar kini mengarahkan pemberhentian segera aktiviti penanaman pokok durian terbabit.

“Sehubungan itu,  Jabatan Perhutanan (Negeri Kedah) mencadangkan supaya kerajaan negeri menjadikan gunung ini (Gunung Inas) sebagai hutan perlindungan bagi tujuan kawasan hutan tadahan air supaya ia tidak boleh diusik dan memberi jaminan keselamatan kepada rakyat di kawasan Baling terutamanya,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin memberitahu, kawasan persekitaran Gunung Inas yang sebelum ini dilanda tragedi bencana banjir serta kepala air, masih tidak stabil dan terdedah kepada ancaman tanah runtuh serta jatuhan batu.

“Berikutan kehadiran di tempat kejadian itu, masih terdapat bongkah batuan yang longgar dan tergantung di lereng gunung. Kejadian ini menyebabkan trek jalan dan sungai sepanjang laluan masuk ke kawasan pergunungan diliputi puing runtuhan serta kewujudan hakisan lekukan tebing.

“Oleh sebab itu, sebagai langkah awal bagi memastikan keselamatan rakyat khususnya di Baling, kementerian sudah mengeluarkan satu surat pemakluman rasmi kepada kerajaan negeri pada 22 Julai lalu, iaitu perihal langkah kewaspadaan awam di kawasan tadahan Gunung Inas.

“Kerajaan negeri turut disaran agar mengambil langkah perhatian terhadap zon bahaya dan kawasan dibangunkan untuk tujuan pengurusan bencana peringkat pusat kawalan operasi banjir,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin menjelaskan, isu membabitkan 5,000 tanaman durian Musang King di atas 52 hektar tanah di Gunung Inas berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, khususnya Jabatan Perhutanan Negeri Kedah atas arahan daripada kepimpinan kerajaan negeri, sama ada pokok ditanam hendak dihapus atau sebaliknya.

“Tetapi Jabatan Perhutanan Semenanjung mencadangkan supaya kerajaan negeri mengambil langkah melakukan penanaman semula di atas tanah diluluskan untuk ladang hutan di atas gunung itu, sama ada tanaman hendak ditebang atau dikekalkan sehingga habis tempohnya. Dan ditambah dengan kawasan belum ditanam, itu di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kerajaan Persekutuan hanya boleh memberi nasihat, pandangan, termasuk teknikal dan sebagainya tetapi bukan penguatkuasaan,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kupang Di Port Dickson Masih Tidak Selamat Dimakan - JPNS

2

Singapura 2 minggu yang lalu

Singapura Sekat Bekalan, Penjualan Kupang Dari Port Dickson

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kupang Di Port Dickson Disahkan Beracun, Dicemari Biotoksin - DOF

4

Politik 1 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Didakwa Esok

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 15 jam yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi