web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuih Ubi Getuk Laris di Kelantan Ketika Musim Tengkujuh 

Kuih ubi getuk menggunakan ubi kayu yang direbus dan ditumbuk, kemudian digaul kelapa parut, gula dan sedikit garam serta dibentuk menjadi bulat sebelum dicelup ke dalam tepung beras dan digoreng rangup.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 4:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali tiba musim tengkujuh, kuih ubi  'getuk' merupakan antara makanan tradisi masyarakat Melayu di Kelantan yang sentiasa menjadi buruan penggemarnya untuk dijadikan sajian sarapan atau minum petang.

Kuih ubi getuk diperbuat daripada bahan utama ubi kayu yang direbus dan ditumbuk, kemudian digaul dengan kelapa parut, gula dan sedikit garam serta dibentuk menjadi bulat sebelum dicelup ke dalam adunan tepung beras serta digoreng rangup.

Peniaga ubi kayu getuk, Rakiah Mamat, 50, atau mesra disapa kak Yah berkata, beliau mula menjual kuih ubi getuk itu dua tahun lalu setelah terlihat lebihan ubi kayu mentah yang belum diproses ketika berada di rumah kakaknya.

"Saya terfikir daripada membazir, lebih baik saya membuat 'sesuatu' dengan ubi kayu ini dengan merebusnya sambil mencari idea baharu kerana pada ketika itu saya juga ada bahan-bahan lain seperti kelapa muda yang telah siap diparut dan tepung beras,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Katanya, perkataan 'getuk' pada kuih itu adalah kerana selepas ubi kayu ini direbus, beliau akan mengetuk ubi kayu menggunakan lesung batu sebelum digaul dengan bahan-bahan lain.

Bercerita lanjut, Rakiah berkata untuk menghasilkan ubi kayu getuk yang cantik, seelok-eloknya gunakanlah ubi kayu yang berisi kuning namun jika tiada ubi jenis itu, ubi kayu isi putih juga boleh dibuat kuih itu.

"Untuk merebus ubi kayu pun ada kaedahnya. Tidak boleh angkat terlalu awal dan tidak boleh terlebih masak nanti ia akan menjadi terlalu lembik kerana sebaik sahaja siap direbus, ubi kayu itu hendaklah diketuk dan proses ini agak rumit.

"Saya pernah membeli mesin pengisar dan cuba kaedah moden, namun pelanggan tidak menggemarinya kerana hasilnya terlalu halus, jadi sehingga kini saya masih kekal gunakan kaedah ketuk ubi kayu ini untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap," katanya yang menjual kuih ubi getuk pada harga RM1 untuk empat biji.

Katanya, rutin harianya bermula seawal jam 8 pagi untuk berniaga ubi getuk di gerainya di Kampung Jambu Merah, Melor, Kota Bharu dengan menyiapkan bahan-bahan kuih ubi getuk sebelum mula mengoreng bermula pada 11 pagi hingga 6 petang.

"Kini saya hadkan menjual sekitar 100 biji sehari kerana bekalan ubi kayu tidak mencukupi," katanya sambil menambah kuih ini sememangnya mempunyai penggemarnya tersendiri kerana ada yang sanggup datang dari jauh seperti Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu.

"Ada pelanggan yang membeli sedulang kuih dalam anggaran harga RM8 hingga RM10, malah pelanggan saya itu sanggup membelinya setiap hari kerana pada musim tengkujuh, kuih ini enak dimakan 'panas-panas' dalam suasana cuaca mendung, hujan dan sejuk," katanya sambil tersenyum manis mengimbau ragam pelanggan-pelangganya itu.

Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, nasibnya cukup baik kerana masih ada pembekal yang sanggup mendapatkan bekalan ubi kayu kuning setiap hari untuknya supaya beliau dapat meneruskan perniagaan ubi getuk itu.

Gambar: Zulkarnain Kamaruddin, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN