web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Idea Kerjaya Rakan Beri Tuah, Raih Untung Jual ‘Timun Baby’

Mohamad Zulfazli Mohamad Arifin tidak menyangka percubaan pertamanya menjadi seorang petani sayuran itu membuahkan hasil lumayan dengan meraih pendapatan sehingga mencecah lima angka, semusim atau setiap dua bulan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 9:03AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.


Enggan mengenang nasib sebagai penganggur empat tahun lepas, seorang pemuda kini telah mengubah hidupnya apabila menceburkan diri dalam bidang pertanian dengan mengusahakan tanaman ‘timun baby’ menggunakan kaedah fertigasi.

Malah, Mohamad Zulfazli Mohamad Arifin, 28, juga tidak menyangka percubaan pertamanya menjadi seorang petani sayuran itu membuahkan hasil lumayan dengan meraih pendapatan sehingga mencecah lima angka, semusim atau setiap dua bulan.

Beliau memulakan kerjaya bercucuk tanam kerana kecewa setelah pemohonan pekerjaan dan temu duga yang dihadirinya memberi maklum balas mendukacitakan selepas berhenti bekerja sebagai petugas logistik di sebuah syarikat di Singapura pada 2018.

"Saya terdetik untuk mula bercucuk tanam selepas melihat kejayaan seorang rakan sejak di bangku sekolah iaitu Mohd Fadir Fuzai, 28, yang berjaya meraih pendapatan mencecah belasan ribu ringgit bagi tempoh semusim menanam timun.

“Berbekalkan modal wang simpanan sekitar RM15,000, saya mula memberanikan diri untuk menanam sebanyak 1,000 pokok timun baby secara fertigasi di atas tanah berkeluasan sekitar 0.3 hektar,” katanya ketika ditemui Bernama di kebun timun miliknya di Kampung Kubang Palas, Banggu di sini.

Berkongsi cerita, Mohamad Zulfazli yang merupakan lulusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata pada permulaan mengusahakan tanaman timun baby, beliau berjaya meraih pulangan hasil jualan kira-kira RM20,000.

"Hasil tanaman timun berkenaan dijual pada harga RM2 hingga RM3 sekilogram bergantung kepada harga semasa dan ia dipasarkan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong.

“Teruja dengan hasil pulangan yang diperoleh saya kemudian mempelbagaikan hasil tanaman termasuk petola, cili dan juga peria dengan mendapat rujukan daripada beberapa petani setempat selain turut mengikuti kursus pertanian daripada Jabatan Pertanian,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Maritim) itu.

Anak kedua daripada enam beradik itu berkata hampir setiap hari beliau mampu mengutip sebanyak 400 kilogram (kg) timun yang dibantu seramai 10 pekerja terdiri daripada anak muda tempatan.

“Alhamdulillah, sehingga kini usaha bercucuk tanam semakin berkembang dan sekarang saya mengusahakan tanaman sayur-sayuran membabitkan tanah berkeluasan lebih 2.2 hektar yang disewa penduduk sekitar dengan kadar sewaan sekitar RM300 hingga RM700 setahun,” katanya yang turut mengakui jualan tanamannya agak terjejas sejak kebelakangan ini, susulan penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak menjadi penghalang kepadanya kerana masih mampu memasarkan hasil tanaman berkenaan ke pasaran luar Kelantan iaitu di Pasar Selayang dan juga di Klang, Selangor, malah turut menghasilkan produk kudapan.

“Selain itu, untuk mengelakkan berlaku lambakan juga, isteri saya Aina Fatini Md Rizan, 24, mengambil inisiatif menghasilkan sambal bilis dan peria goreng menggunakan hasil tanaman kami sendiri untuk dijual dengan harga RM10 hingga RM18.

“Pada masa hadapan, saya juga merancang untuk membuat timun yang dijeruk bagi mengelakkan berlaku lambakan sekali gus dapat membuatkan ia bertahan dalam tempoh yang lama. Namun, ia perlu diteliti dan dirancang dengan baik terlebih dahulu,” katanya. - Bernama

Semua gambar: Zulkarnain Kamaruddin, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN