web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bintang Pop Kris Wu Ditangkap Atas Dakwaan Merogol

Sejak berita tangkapan itu tersebar di internet, kritikan dan kecaman terhadap Wu telah membanjiri media sosial di China.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 5:23PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang pop China-Kanada, Kris Wu bakal berdepan hukuman penjara selama 10 tahun jika disabit kesalahan dengan pelbagai tuduhan rogol. Dia akan menghabiskan hukuman di China terlebih dahulu sebelum dihantar pulang ke Kanada, demikian menurut pakar perundangan pada Ahad.

Pencerahan mengenai perkara itu dibuat selepas Wu dilaporkan ditangkap oleh polis Beijing atas dakwaan merogol.

Sejak berita tangkapan itu tersebar di internet, kritikan dan kecaman terhadap Wu telah membanjiri media sosial di China.

Malah, salah seorang penulis skrip wanita terkenal di China, Liu Liu, telah memohon maaf pada Sabtu susulan kenyataannya lima tahun lalu mengenai Wu. Kenyataan itu dibuat selepas seorang gadis mendakwa bintang pop berkenaan telah merogolnya.

''Malam ini, saya dengan serius telah menilai semula diri saya. Ia merupakan amaran terbesar mengenai pendidikan keibubapaan, mengenai pendidikan atau moral,'' tulisnya sambil memberitahu dia akan menutup akaun Weibo selama setengah tahun sebagai 'hukuman' ke atas dirinya.

Sejujurnya, kata Liu Liu, apabila dia melihat kenyataan daripada polis, dia tidak percaya.

''Penulis skrip tidak dapat menghasilkan cerita seperti ini. Saya cemuh Kris Wu. Lima tahun lalu...dia tidak belajar apa-apa pun,'' katanya.

Dalam pada itu, akaun Weibo 'The Golden Hairpin', iaitu drama lakonan Wu dan Yang Zi (masih belum ditayangkan) telah memadam semua entri melibatkan Wu. Manakala poster-poster drama berkenaan pula hanya tinggal pelakon tambahan sahaja.

'The Golden Hairpin' diterbitkan oleh Tencent.

Ada netizen yang meluahkan kebimbangan susulan perkara itu dan pihak penerbit mungkin menggunakan teknologi AI untuk mengubah muka Wu kepada individu lain namun ia tentunya akan mempengaruhi kualiti drama terbabit.

''Berdasarkan keadaan semasa, karier lakonan Wu di China sudah berakhir manakala filem dan TV dramanya akan terjejas,'' kata pengkritik filem di Shanghai, Xiao Fuqiu, kepada Global Times.

Sementara Li Xueqin, seorang pengacara terkenal di China yang sebelum ini mendakwa merupakan peminat Wu, telah memadamkan semua entri di media sosial melibatkan bintang pop berkenaan.

Manakala di Weibo Sina, platform yang memuatnaik topik-topik mengenai Wu sebelum ini telah ditarik balik.

Ketika ini, tanda pagar 'hilang peminat' telah menjadi trending di Weibo, apabila akaun Weibo Wu menyaksikan kehilangan pengikut seorang demi seorang. Sebelum ini Wu mempunyai lebih 50 juta pengikut dalam Weibo.

'Insiden Kris Wu' bukan lagi gosip hiburan tapi kini ia melibatkan perundangan. Ia mengajar masyarakat bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang, demikian tulis Legal Daily. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Netizen Terkejut Dan Kecewa Seungri Akan Dibebaskan Dari Penjara Dua Bulan Dari Sekarang 

2

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: Khairy Tak Perlu Ugut Saman, Cuba Mengelak Dakwaan Skandal – Ramanan

3

TARA 3 tahun yang lalu

Aktor Edison Chen, Dimalukan Netizen Yang Menggelarnya 'Pak Cik'

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

5 Artis Popular China Yang Diharamkan Dalam Industri Hiburan Negara Itu

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN