web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aktor Edison Chen, Dimalukan Netizen Yang Menggelarnya 'Pak Cik'

Edison Chen terkenal pada era 20-an di Hong Kong dan menjadi pujaan ramai. Namun popularitinya tidak bertahan lama apabila gambar-gambar intim dan lucah dia bersama beberapa selebriti wanita ketika itu telah disebarkan kepada umum, hingga membawa kepada pengundurannya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 7:00PM

Edison Chen 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Edison Chen, yang pernah menggemparkan dunia hiburan Hong Kong dan China dengan skandal gambar lucah bersama artis-artis terkenal sekitar 2008, kini kembali semula ke Hong Kong untuk mempromosikan jenama fesyennya sendiri iaitu CLOT.

Edison Chen juga merupakan pengasas CLOT
Edison Chen juga merupakan pengasas CLOT

Dia yang berhenti daripada dunia hiburan dan telah menetap di Los Angeles, turut memuatkan naik gambar-gambar promosi jenamanya di media sosial.

Bekas pelakon yang telah berkahwin dengan model Qin Shupei pada 2017 dan mempunyai seorang anak itu bagaimanapun telah dikritik oleh netizen, yang menyifatkan dia, yang berusia  42 tahun, kini kelihatan sangat tua. 

Netizen dengan biadap telah mengkritik Chen dengan kata-kata pedas.

''Kenapa dia kelihatan buruk apabila sudah tua'.

''Mukanya amat teruk hinggakan anda tidak mengenalinya.

''Dia sudah tua. Dia dimamah usia.

''Bagaimana seseorang yang pernah dipuja ramai jadi begitu tua pada usia 40 tahun. Sangat tua. Nampak lagi tua dari bapanya,'' demikian soal netizen.

Pernah digelar 'bad boy' pada awal pembabitannya, Chen dilahirkan di Vancouver dan merupakan anak kacukan Cina dan Portugis.

Edison Chen ketika membintangi filem Blind Spot pada 2014.
Edison Chen ketika membintangi filem Blind Spot pada 2014.

Chen ketika itu bukan sahaja menjadi pelakon malah dia juga seorang penyanyi rap dan model, namun pada 2008, gambar-gambar lucahnya bersama pelbagai wanita termasuk aktres Gillian Chung, Bobo Chan, Rachel Ngan dan Cecilia Cheung telah menamatkan kariernya.

Skandal tersebut menggegarkan dunia hiburan Hong Kong dan turut menjadi tumpuan dunia, apatah lagi ketika itu dia menjadi pujaan kaum wanita dek kerana kekacakannya.

Seramai 10 orang telah dirangkap susulan penyebaran gambar-gambar peribadi berkenaan.

Menurut polis, Chen telah menghantar komputernya untuk dibaiki pada 2007 dan pekerja yang membaiki laptop berkenaan telah menemui 1,300 gambar-gambar lucah Chen dengan selebriti terkenal Hong Kong.

Chen mendakwa telah memadam gambar-gambar terbabit sebelum komputer tersebut dihantar untuk dibaiki. Malangnya juruteknik yang membaikinya dapat mengesan imej-imej tersebut dan kemudian menyebarkan kepada umum. Gambar itu dilaporkan dirakamkan antara 2003 hingga 2006.

Salah seorang rakannya ketika itu memaklumkan kepada media bahawa gambar lucah dan intim terbabit dirakamkan dengan 14 selebriti wanita di Hong Kong. Imej berkenaan turut dijadikan tatapan rakan-rakan rapatnya.

Susulan itu, Chen telah disoal-siasat oleh polis selama beberapa hari.

Akhirnya Chen terpaksa permohonan maaf secara terbuka dan turut mengumumkan pengunduran daripada dunia hiburan. - Getaran, 16 Oktober 2022

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh