web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Serangan Seksual, Kris Wu Mula Rasa Bahang

Penyanyi pop China Kris Wu dilanda kontroversi yang mendakwa dia menggoda gadis-gadis bawah umur bagi tujuan seks. Dengan pantas, beberapa nama besar industri kecantikan menjauhkan diri daripada bintang ini.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 1:18PM

Kris Wu dan Du Meizhu. Gambar: Twitter @centnews1 dan @dramapotatoe

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa jenama terkenal di China telah mengumumkan untuk menamatkan kontrak dengan penyanyi pop China, Kris Wu, susulan kontroversi dia didakwa menggoda gadis-gadis bawah umur bagi tujuan seks.

Selain itu, penyanyi berkenaan juga didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan peminat-peminatnya.

Antaranya jenama kosmetik Kans, yang mengumuman penamatan kerjasama dengan Kris pada pukul 7 malam semalam, manakala Bestore pula tidak menyambung kontrak dengan penyanyi berkenaan yang akan berakhir pada November ini.

Sementara iklan jenama Lancome melibatkan Kris di dalam Weibo, iaitu media sosial China sama seperti Twitter telah disembunyikan.

Tuduhan-tuduhan berkenaan dibuat oleh seorang gadis, Du Meizhu yang didakwa sebagai teman wanita Kris sejak awal bulan ini.

Pada Ahad,  Du mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung tuduhan berkenaan dan mendakwa gadis-gadis yang menjadi mangsa telah digoda untuk bermain permainan minum alkohol dan Kris menggunakan kata-kata manis untuk memujuk mereka tidur dengannya.

Du memberi masa selama 24 jam kepada Kris untuk menarik diri dari dunia hiburan, atau berdepan tindakan undang-undang yang boleh menjerumuskannya ke penjara.

Bagaimanapun ada sesetengah dakwaan yang dibuat Du itu tidak jelas namun disebabkan tuduhan berkenaan, reputasi penyanyi Kanada-China itu terjejas teruk.

Dalam pada itu, Kris menafikan tuduhan itu dan memberitahu dia berdiam diri selama ini kerana tidak mahu proses undang-undang dan laporan polis yang dibuat ke atas Du, terganggu.

"Saya hanya bertemu Du Meizhu sekali sahaja iaitu pada 5 Disember 2020, dalam satu majlis. Tidak membuatkannya mabuk, tidak mengambil telefonnya, atau melakukan perbuatan yang disebutnya.

"Biar saya tegaskan, saya tidak pernah 'memilih perempuan simpanan'  atau merogol dan mengambil dadah," katanya yang turut memberitahu jika kejadian itu benar-benar berlaku, dia sendiri akan ke penjara. - Getaran, 19 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

5 Artis Popular China Yang Diharamkan Dalam Industri Hiburan Negara Itu

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Bintang Pop Kris Wu Ditangkap Atas Dakwaan Merogol

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN