Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Artis Popular China Yang Diharamkan Dalam Industri Hiburan Negara Itu

China telah mengambil langkah tegas bagi mengawal tingkah laku artis mereka. Selebriti yang terlibat dengan tindakan undang-undang dan tidak bermoral, akan terus 'dibenam' dari industri hiburan negara itu.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 8:00PM

Fan Bingbing ketika hadir pada tayangan filem X-Men: Days Of Future Past, di Singapura pada 2014. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan mudah menjadi artis di China. Selain terpaksa bersaing sesama sendiri, mereka juga sentiasa menjadi perhatian paparazzi.

Pantang mereka alpa, pasti gambar atau video mereka akan dirakamkan, hatta ketika keluar makan bersama kawan atau membeli-belah sekali pun.

Bukan itu sahaja, jika penampilan mereka tidak dijaga, pasti akan dikritik oleh netizen dan menjadi bahan kecaman di media sosial.

Namun, satu perkara yang mereka perlu sentiasa berjaga-jaga dan mengambil berat adalah supaya tidak terlibat dengan apa-apa skandal.

Jika skandal mereka didedahkan, besar kemungkinan mereka akan 'lenyap' dari industri hiburan di China dan tidak boleh lagi mencari makan di sana.

Berikut adalah lima artis popular China yang telah diharamkan daripada terlibat dalam industri hiburan di negara berkenaan disebabkan oleh beberapa isu.

Fan Bingbing - Gambar AFP
Fan Bingbing - Gambar AFP

1 - Fan Bingbing

Skandal cukai pada 2018 telah menyebabkan Fan Bingbing sehingga kini masih belum dapat kembali semula dalam industri hiburan di negara berkenaan.

Bekas artis yang pernah berada dalam senarai A itu, sebelum ini turut dikenali di Hollywood. Dia pernah melakonkan watak Blink dalam francais X-Men selain menjadi ikon fesyen di negara itu, dengan tubuhnya dibaluti jenama-jenama mewah.

Selepas namanya dikaitkan dengan isu cukai, Fan Bingbing dilaporkan hilang selama beberapa bulan dan tidak lama kemudian tersebar berita dia ditahan oleh pihak berkuasa untuk soal-siasat di sebuah kawasan terpencil.

Pihak berkuasa mendenda Bingbing sebanyak 883 juta yuan (RM575 juta) iaitu cukai yang tidak dibayar serta penalti selepas siasatan mendapati dia dan syarikatnya gagal melaporkan pendapatan yang diperolehi daripada filem-filem lakonannya.

Bingbing kemudiannya memohon maaf dan membayar semula cukai berkenaan. Skandal itu juga menyebabkan dia putus tunang dan kini dilaporkan cuba untuk kembali semula dalam dunia hiburan, namun di luar China. Khabarnya dia mahu mencuba nasib di Korea Selatan.


Deng Lun - Gambar dari 8days.sg
Deng Lun - Gambar dari 8days.sg

2 - Deng Lun

Selepas ditangkap kerana cuba lari daripada membayar cukai dan didenda sebanyak 106 juta yuan (RM69 juta) pada tahun ini, karier aktor berusia 29 tahun ini telah terjejas.

Menurut pihak berkuasa cukai Shanghai, Deng Lun telah membuat pengisytiharan palsu dan menutup angka sebenar pendapatan yang diperolehinya, antara 2019 dan 2020.

Di sebalik permohonan maaf, drama lakonannya tidak dibenarkan untuk ditayangkan, manakala jenama mewah yang pernah bekerjasama dengannya seperti Bvlgari, Roger Vivier, L’Oreal Paris dan Bally telah menarik diri.

Malah akaun sosial medianya seperti Weibo dan Douyin, telah digantung. Ramai peminatnya mempersoalkan kenapa Deng Lun mengambil risiko tidak membayar cukai sehingga memusnahkan kariernya sendiri. 

Daripada seorang yang dipuja dan mempunyai 40 juta peminat di akaun Weibo, dia kini dihentam dan dikritik ramai. Khabarnya Deng Lun kini menumpukan kepada perniagaan restoran hot potnya.

Li Yifeng - Gambar dari www.duitang.com
Li Yifeng - Gambar dari www.duitang.com

3 - Li Yifeng

Pada 11 September lalu, akaun weibo rasmi Biro Keselamatan Awam Beijing mengumumkan telah menahan seorang aktor berusia 35 tahun dan soal-siasat yang dijalankan mendapati aktor tersebut mengaku telah beberapa kali melanggan pelacur. Perbuatan berkenaan merupakan satu kesalahan di China.

Sebaik sahaja berita itu tersebar, netizen membuat tekaan bahawa aktor tersebut adalah Li Yifeng dan ternyata tekaan mereka benar sekali. Li Yifeng mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam dunia hiburan dan menjadi artis utama di China. Filem-filem serta drama lakonannya diterima ramai.

Disebabkan penampilan dan imej positif yang ditampilkannya sebelum ini, Li Yifeng mempunyai peminat yang ramai, iaitu 60 juta orang di Weibo. Akaun weibonya juga berada di kedudukan 30 akaun personal teratas, yang mempunyai ramai peminat. Tapi apakan daya, semuanya kini berakhir.

Terdapat laporan bahawa Li Yifeng ingin mengembangkan lakonannya di Singapura dan Malaysia, namun setakat mana kebenarannya, tidak diketahui.

Zheng Shuang - Gambar dari new.qq.com
Zheng Shuang - Gambar dari new.qq.com

4 - Zheng Shuang

Gara-gara terlibat dengan kontroversi mendapatkan bayi menerusi ibu tumpang pada awal tahun lalu, Zheng Shuang dilaporkan tidak boleh kembali dalam dunia hiburan China.

Dia dikaitkan dengan skandal ibu tumpang hingga menggegarkan dunia hiburan negara itu. Tiga bulan selepas isu berkenaan, Zhang Shuang sekali lagi digegarkan dengan kes lari dari membayar cukai, selepas dilaporkan menerima bayaran paling tinggi dalam drama A Chinese Ghost Story

Menurut tangkap layar perbualan yang didedahkan di Weibo oleh bekas tunangnya, Zhang Heng, artis itu terlibat dalam rundingan bayaran sebanyak 160 juta yuan (RM104 juta) untuk keseluruhan 77 hari penggambaran bagi rancangan TV itu.

Bayaran tersebut mencetuskan bantahan ramai berhubung isu ketidaksamaan dan susulan itu siasatan dijalankan ke atasnya. Susulan daripada itu, semua drama dan filem lakonannya telah dikeluarkan dari platform penyiaran di China. Dia kini dilaporkan berada di luar negara.

Kris Wu - Gambar AFP
Kris Wu - Gambar AFP

5 - Kris Wu

Penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan K-pop EXO ini telah didakwa terlibat dalam kes rogol. Selebriti yang berpengaruh di China ini didakwa merogol seorang remaja, Du Meizhu dan telah ditahan polis pada 31 Julai tahun lalu.

Meizhu mendakwa Kris merogolnya dan beberapa wanita lain, namun tuduhan itu dinafikan oleh penyanyi tersebut. Susulan itu, semua hasil karyanya telah diharamkan. 

Baru-baru ini sebuah KTV di Guangdong telah didenda kerana memainkan dua lagu Kris. Ketika ini, penyanyi ini dilaporkan berada di penjara sementara menanti hukuman ke atasnya ditetapkan mahkamah. 

Beberapa dramanya termasuk The Golden Hairpin kini hanya berada dalam simpanan penerbit, tidak boleh lagi disiarkan di China. 'Insiden Kris Wu' bukan lagi gosip hiburan tapi kini ia melibatkan perundangan. 

Ia mengajar masyarakat bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang, demikian tulis Legal Daily ketika mengulas mengenai artis ini. - Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Sultan Ibrahim Terima Menghadap Fan Bingbing

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Netizen Terkejut Dan Kecewa Seungri Akan Dibebaskan Dari Penjara Dua Bulan Dari Sekarang 

3

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: Khairy Tak Perlu Ugut Saman, Cuba Mengelak Dakwaan Skandal – Ramanan

4

TARA 1 tahun yang lalu

Aktor Edison Chen, Dimalukan Netizen Yang Menggelarnya 'Pak Cik'

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Budaya 2 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 6 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN