web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netizen Terkejut Dan Kecewa Seungri Akan Dibebaskan Dari Penjara Dua Bulan Dari Sekarang 

Sebelum itu, mereka semakin meluap apabila mendapat tahu bahawa Seungri berjaya mengurangkan tempoh tahanannya daripada tiga tahun kepada 18 bulan iaitu separuh daripada tempoh hukuman asal. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 5:00PM

Seungri - Gambar insight.co.kr 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awal tahun ini, netizen Korea tidak dapat menyembunyikan rasa marah mereka terhadap bekas ahli Big Bang, Seungri yang telah didakwa dengan sembilan kesalahan berbeza susulan penglibatannya dalam skandal Burning Sun (skandal hiburan dan seks 2019 di Seoul, Korea).

Kemarahan mereka semakin meluap apabila mendapat tahu bahawa Seungri berjaya mengurangkan tempoh tahanannya daripada tiga tahun kepada 18 bulan iaitu separuh daripada tempoh hukuman asal. 

Pada Januari 2020, Seungri didakwa atas sembilan pertuduhan termasuk pelacuran, pengantara pelacuran, penyelewangan, melanggar undang-undang keselamatan makanan, perjudian dan melanggar undang-undang pertukaran mata wang asing. 

Seungri ketika masih bergelar anggota kumpulan Big Bang - Gambar fail
Seungri ketika masih bergelar anggota kumpulan Big Bang - Gambar fail

Memetik laporan Koreaboo!, setelah menjalani beberapa hukuman 1 tahun 5 bulan,sebelum pendaftaran tenteranya yang dihentikan sementara pada bulan Jun tahun ini, Seungri kini mempunyai tempoh lapan bulan lagi untuk menyelesaikan hukuman penjara sebelum diberi tarikh pembebasan pada Februari 2023.

Tempoh enam bulan daripada 8 bulan itu sudah pun berlaku dan netizen memberikan reaksi terkejut dan kecewa apabila menyedari bahawa hanya tinggal kira-kira dua bulan lagi hukuman Seungri berakhir sebelum dia dibebaskan semula. 

Ramai yang menyuarakan rasa ingin tahu mereka sama ada Seungri akan kembali ke YouTube atau tidak, kerana dia bukan lagi sebahagian daripada industri K-Pop. Namun, ada yang berpendapat jika beginilah undang-undang di Korea, sukar bagi jumlah jenayah di Korea akan menurun.  – Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

G-Dragon Big Bang Disiasat Kes Dadah

2

TARA 2 tahun yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN