web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


G-Dragon Big Bang Disiasat Kes Dadah

Polis Incheon telah memulakan siasatan terhadap penyanyi lelaki tersebut namun tidak dapat memberikan butiran lanjut.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 1:21PM

G-Dragon. gambar www.hapskorea.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isnin lalu, penyanyi G-Dragon, ahli kumpulan Big Bang dilaporkan telah dipanggil dan disiasat oleh pihak polis Korea Selatan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, tiada penahanan dibuat terhadap penyanyi itu.

G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-Yong telah ditahan selepas pelakon filem Parasite, Lee Sun-kyun didakwa atas dakwaan menggunakan ganja dan dadah psikoaktif di sebuah kelab malam di Gangnam, Korea Selatan.

Dalam satu kenyataan kepada media, pihak berkuasa tempatan berkata memandangkan ini adalah siasatan berterusan, pihak mereka tidak boleh mendedahkan butiran khusus

Dalam masa yang sama, pihak polis juga menafikan bahawa kes itu ada kaitan dengan kes yang melibatkan Sun Kyun, yang kini disiasat kerana menggunakan dadah.

Sementara itu, pihak pengurusan Big Bang, YG Entertainment, juga enggan mengulas lanjut kerana kontrak G-Dragon bersama mereka telah tamat pada Jun lalu.

"Sukar untuk kami memberi maklum balas secara rasmi kerana dia bukan artis yang bernaung di bawah syarikat kami pada masa ini. Kontrak dia telah tamat pada Jun lalu,” katanya.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama G-Dragon dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

Pada 2011, dia pernah tertangkap menghisap ganja di luar sebuah kelab di Jepun.

G-Dragon kemudian mendakwa bahawa dia secara tidak sengaja menghisap ganja kerana percaya bahawa ia adalah rokok yang ditawarkan oleh peminat Jepun. Tuduhan itu kemudiannya digugurkan. – Getaran, 26 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN