web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Ibrahim Terima Menghadap Fan Bingbing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 12:48PM

Sultan Ibrahim Iskandar berkenan merakamkan foto bersama Fan Bingbing - gambar Royal Press Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap bintang filem terkemuka China, Fan Bingbing, semalam.

Dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi baginda menyatakan artis wanita yang menjadi ikutan ramai di peringkat global, menghadap Sultan Ibrahim sebagai sebahagian daripada programnya sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34.

Urusan menghadap baginda itu dimudah cara oleh pengurus antarabangsa beliau, Jersey Chong,  seorang anak Johor yang mahu memperkenalkan artis itu kepada bakal Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

“Sebagai Anak Johor, saya rasa amat bangga Sultan saya akan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Kami menulis surat secara rasmi untuk memohon sama ada Bingbing boleh menghadap baginda. 

Kami rasa teruja apabila menerima jawapan daripada Tuanku Sultan yang berkenan menerima menghadap Bingbing,” kata Chong kepada Royal Press Office di sini, menurut hantaran di Facebook itu. 

Bintang filem itu ditemani ibunya, Zhang Chuanmei, seorang usahawan, menurut hantaran itu.

Selain Bingbing, adik lelakinya  Fan Chengcheng juga seorang penyanyi pop dan pelakon terkenal di China.

Bingbing yang mempunyai 63 juta pengikut dalam Weibo ( platform media sosial di China mirip X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.  

Daya tarikan pecah panggungnya melangkaui filem China, dan pernah membintangi filem adiwira Hollywood - “X-Men: Days of Future Past”, selain daripada filem Perancis dan Korea.

Sebagai seorang daripada artis wanita dunia yang mendapat bayaran tertinggi, Bingbing juga mengusahakan agensi pengurusan artisnya sendiri, sebuah syarikat pengeluar filem dan Fan Beauty - satu jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang mendapat kejayaan besar di China.

Beliau juga menghiasai iklan Adidas, Louis Vuitton dan Moet, selain daripada produk gincu bibir hingga ke berlian.

Pada 2017, majalah Time memilih beliau untuk menghiasi kulit majalah itu. Beliau juga dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh Global, menjadikan Bingbing sebagai satu-satunya artis wanita  Asia yang  terpilih. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 tahun yang lalu

Latihan Ketenteraan Bentuk Jati Diri, Kewibawaan Sultan Ibrahim Sebagai Ketua Utama Negara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Ibrahim Rasmi Dimasyhur Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ribuan Rakyat Johor Iringi Keberangkatan Sultan Ibrahim Ke Istana Negara

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Ibrahim Dijadual Angkat Sumpah Agong Ke-17 Hari Ini

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar