web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ribuan Rakyat Johor Iringi Keberangkatan Sultan Ibrahim Ke Istana Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 9:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Ribuan rakyat Johor menunggu seawal 6.30 pagi di sepanjang laluan dari Istana Bukit Serene hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di Kulai bagi menyaksikan sendiri detik bersejarah keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim ke Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.

Sultan Ibrahim yang lengkap berpakaian istiadat menaiki kenderaan rasmi meninggalkan Istana Bukit Serene, di sini pada 7.45 pagi dengan diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku menteri pengiring dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Keberangkatan Sultan Ibrahim disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Johor, termasuk murid sekolah, penjawat awam negeri serta orang ramai yang berhimpun di sepanjang laluan menghala ke LTAS antaranya Taman Scientex Utama Senai, Taman Aman, Pekan Senai dan Masjid LTAS sebelum berakhir di Hangar Diraja Senai yang mengambil masa sejam.

Perisytiharan Sultan Ibrahim memegang jawatan mengulangi detik bersejarah paduka ayahanda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 1984 hingga 1989.

Setiba di LTAS, Yang di-Pertuan Agong disambut pembesar-pembesar negeri, diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Sebelum rombongan diraja berangkat ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad memimpin bacaan doa, disusuli dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Kol (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

Pesawat peribadi yang membawa Sultan lorahim ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, berlepas pada 9 pagi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar