web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Ibrahim Rasmi Dimasyhur Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 12:38PM

Sultan Ibrahim iskandar (tengah) rasmi dimasyhurkan sebagai yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini dan akan bersemayam di Istana Negara selama lima tahun - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara yang disempurnakan hari ini menandakan bermulanya era pemerintahan Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Selaku Yang di-Pertuan Agong, baginda akan bersemayam di Istana Negara selama lima tahun dan memainkan peranan sebagai tonggak kedaulatan serta perpaduan negara, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Istiadat berlangsung pada sidang Mesyuarat Majlis Raja-Raja (Khas) itu turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan  Ibrahim diputerakan pada tanggal 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Baginda dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Susulan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Iskandar Ismail pada 22 Januari 2010, Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari keesokan harinya.

Menerima pendidikan di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat, baginda dimahkotakan sebagai Sultan Johor pada 23 Mac 2015.

Terdahulu, Sultan Ibrahim di hadapan Sultan dan Raja-Raja Melayu, menandatangani Surat-Surat Perisytiharan Memegang Jawatan, yang isi kandungannya dibacakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menyaksikan istiadat penuh bersejarah ini ialah kerabat diraja termasuk paduka-paduka anakanda serta barisan dif kenamaan.

Sultan Ibrahim sebelum itu berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada jam 7.45 pagi, untuk menaiki pesawat dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke ibu negara.

Istiadat Keberangkatan Tiba baginda bermula di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira 9.45 pagi tadi. - Getaran, 31 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong, PM Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Surau Utama Istana Negara

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad