web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Sempat Raikan Ulang Tahun Spider ke-25, Tony Alberto Sudah Tiada

Tony sebenarnya bergelut dengan penyakit kencing manis yang telah dihidapinya bertahun-tahun, malah makan minumnya tidak terurus sejak dia tinggal seorang diri di studio Luncai Emas.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 11:05AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Di saat kumpulan Spider merancang mengadakan showcase berskala kecil bagi meraikan perjalanan kerjaya muzik mereka yang ke-25 tahun di dalam industri muzik Malaysia pada tahun ini, pemain bassnya, Tony Alberto Iskandar telah pun disahkan meninggal dunia, awal pagi tadi oleh unit forensik. 

Menurut vokalis utama Spider, Rustam Mustafa atau Tam, buat masa ini tiada siapa yang mampu mengesahkan waktu sebenar kematiannya kerana dia telah ditemui seorang diri dalam keadaan tidak bernyawa di studio rakaman Luncai Emas, milik Datuk M. Nasir di Studio, kira-kira jam 11 lebih malam. 

“Pada hari sebelum kematiannya, pemain gitar utama kami Nafie memang ada berhubung dengan dia untuk berjumpa. Pada waktu jam 2 petang, Nafie menghubunginya tetapi telefonnya tidak berjawab.   

“Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib dan dia masih tidak menjawab panggilan, Nafie sudah berasa tidak sedap dan membuat keputusan untuk pergi ke studio Luncai Emas sendiri. Setelah memanggil namanya dan tiada respon, Nafie bersama kakitangan Luncai Emas terpaksa membuka studio itu. 

“Mujurlah Nafie memiliki kunci simpanan. Sebaik sahaja bilik studio itu dibuka, mereka mendapati bahawa Tony seperti dalam keadaan sedang duduk berehat sambil tidur di atas sofa. 

“Namun, mereka terpaksa memanggil polis apabila mendapati denyutan nadinya tiada. Polis datang sekitar jam 1.30 pagi dan selepas disahkan unit forensik bahawa dia sudah meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi, jenazahnya terus dibawa ke hospital Sungai Buloh,” kata Tam ketika dihubungi pihak Getaran.

Sambung Tam lagi, keluarga Tony telah pun dimaklumkan tentang kematiannya, namun tentang soal-soal berkaitan dengan pengebumian, barangkali pihak Luncai Emas yang akan menguruskannya nanti. 

“Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, kesihatan Tony sejak kebelakangan ini memang agak serius dan dia juga memang sedang bergelut dengan penyakit kencing manisnya yang telah dihidapinya bertahun lama. 

“Malah, dua tiga hari ini, dia mengadu tentang kesakitannya. Pada waktu yang sama, dia duduk seorang diri di studio tersebut dan makan minumnya tidak terurus. Adakalanya makan mi segera sahaja. 

“Bila saya jumpa dia saya selalu bawa makanan untuk dia dan saya juga selalu nasihatkan dia bahawa dia perlu makan makanan yang solid dan berkhasiat. 

“Tapi, saya juga faham bahawa dia duduk di studio, manalah ada dapur untuk memasak dan perbelanjaan juga agak tersekat kerana kita langsung tidak punya sumber kewangan dalam situasi pandemik serta PKP.

“Mungkin, tekanan serta stres bercampur penyakit adalah antara punca dia meninggal dunia,” kata Tam. 

Ditanya mengapa Tony tinggal di studio Luncai Emas tersebut, Tam menjelaskan bahawa Tony sebetulnya dalam proses menerbitkan album Jinbara dan Margasatwa. 

“Tapi, disebabkan PKP, segala kerja-kerja rakaman tidak dapat dibuat dan studio pula ditutup operasinya. Memandangkan dia tinggal di situ, jadi dia telah lakukan sendiri kerja-kerja pengkaryaannya di situ,” katanya. 

Tam juga mengakui bahawa Spider sebenarnya mempunyai perancangan untuk menjayakan showcase berskala kecil untuk meraikan penglibatan mereka selama 25 tahun di dalam indusri muzik tanah air. 

“Apakan daya, pada saat kita ingin meraikan, dia pula yang pergi. Malah, kita juga punya perancangan untuk keluar dengan album baru di bawah terbitan Luncai Emas. Tony sangat teruja dan dia benar-benar mahu merealisasikan projek album baharu ini. 

“Perjalanan kerjaya Spider dengan Tony sangat panjang. Banyak benda yang kita lalui sama-sama dan kalau ikut akal fikiran, kami tidak boleh terima dia (Tony) sudah tiada. Tapi, kami juga harus redha menerima kenyataan ini. 

“Dua tiga hari sebelum kematian dia, dia ada mengajak saya untuk berjemaah bersama-sama dan turut meminta maaf kepada saya. Waktu itu saya tidak sedap hati. Tapi, saya tidak mahu layan perasaan saya. 

“Di dalam kumpulan itu, saya memang paling rapat dengan Tony. Banyak perkara yang kami kongsikan bersama. Dia seorang mualaf dan saya ada bantu dia untuk mendalami agama di waktu awal-awal dia memeluk Islam. 

“Malah, lagu 'Tony Gila Lucy' itu memang saya buat khas untuk dia. Ada kenangan yang tersendiri di dalam lagu itu dan ia kisah benar waktu kami masih muda-muda dulu,” kata Tam mengakhiri perbualan. 

Sepanjang 25 tahun menjadi artis rakaman, kumpulan pop rock ska ini telah menghasilkan album studio Ngam Ho (1999), Aladin (2002), Nazraku (2004), Bintang 12 (2007), Kitasatu (2010) dan Ankabut (2016). 

Mereka juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Artis Berkumpulan Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002, Artis Duo/Kumpulan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004, Album Pop Terbaik 2003 album Aladin, Album Pop Rock Terbaik AIM (2005) album Nazraku, Juara Kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu 2004 dan Juara Keseluruhan ('Relaku Pujuk') Anugerah Juara Lagu 2004. - Getaran, 30 Jun 2021.

Semua gambar dari laman Facebook Tony Alberto

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang