web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dekati Figura Legenda Penyiaran Radio Di Tiga Talk

Selepas beberapa episod siri ‘Tiga Talk’ dijalankan di Clubhouse, trio legenda penyiaran radio ini bakal berpindah ke Facebook Live bermula Jumaat ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 8:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama-nama besar legenda industri penyiaran radio iaitu Linda Onn, Halim Othman dan Kudsia Kahar  kini hadir berkongsi pentas yang sama dalam program temu bual atas talian kendalian mereka sendiri yang dinamakan ‘Tiga Talk.’

Linda, Halim dan Kudsia adalah trio penting yang mempelopori kegemilangan industri penyiaran radio sewaktu masing-masing berkhidmat di stesen radio Era. 

Baru-baru ini mereka ditemukan dalam satu rancangan di Astro. Selesai program tersebut mereka pun berbual dan mengimbau kenangan perjalanan mereka sebagai penyampai radio. 

Ketika itulah muncul idea untuk membuat kemunculan semula secara bertiga menerusi projek terbaharu mereka ini.

“Selepas program di Astro, saya secara tak sengaja cakap pada Kudsia, kalau kita bertiga buat show sama-sama, tak payah tetamu pun kita bertiga bercakap tak berhenti.

"Bila balik, Kudsia tak dapat tidur memikirkan kata-kata saya itu jadi itulah permulaan timbulnya idea untuk kami bertiga adakan show bersama,” kata Linda semasa dihubungi Getaran.

Tidak mengambil masa yang lama untuk merealisasikan hasrat itu, mereka terus menubuhkan group di WhatsApp dan berbincang mengenai program mereka itu di atas talian. Maka 3 Jun lalu, episod pertama mereka telah menemui pendengar menerusi aplikasi Clubhouse.

“Walaupun ia dijalankan menerusi platform Clubhouse, namun kami bertiga melakukan perbincangan dari segi idea untuk menjadikan perbualan di dalam room itu lebih tersusun. 

“Ia tidaklah terlalu formal, tapi kami memastikan bahasa yang kami gunakan terjaga berbanding bilik-bilik lain yang ada di Clubhouse,” kata Halim yang berharap agar program mereka ini dapat muncul di kaca televisyen suatu hari nanti.

Bercerita tentang perasaan mereka bertemu semula dalam program ‘Tiga Talk’ setelah bertahun-tahun tidak bersua muka, Linda menyifatkan reunion ini sebagai pertemuan sebuah keluarga yang telah lama hilang. Gabungan semula mereka bertiga terasa seperti ‘lengkap.’

“Wah, saya rasa seperti kita imbas kembali kenangan zaman era kebangkitan radio. (Projek) ini ialah sesuatu keajaiban yang berlaku semasa lockdown. Kami jumpa harta karun, ada sesuatu yang berharga tersimpan lama dan kita berjaya menggalinya. 

“Saya rasa sangat seronok. Ini pengembaraan baru untuk kami bertiga dan diharap dapat mengulang semula era kegemilangan seperti dahulu,” tambah Halim. 

Selepas tiga siri ‘Tiga Talk’ dijalankan di Clubhouse, mereka bakal berpindah ke Facebook Live.

Mereka akan mengupas isu semasa yang berlaku di negara kita. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai perbualan santai dan interaktif bersama legenda penyiaran radio di Facebook yang bersiaran setiap Jumaat jam 9 malam! - Getaran, 21 Jun 2021


 










 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN