web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anna Jobling Dinobatkan ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2025

Lakonannya dalam drama Hai Cinta, Dengarkanlah! bukan sahaja menambat hati penonton tempatan, malah berjaya menarik perhatian peminat antarabangsa

Selebriti Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2025 4:43PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Karier lakonan Anna Jobling melakar sejarah apabila dia diumumkan sebagai penerima anugerah Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung pada 2 Oktober di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan. Majlis berprestij itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV.

Pengiktirafan ini mengukuhkan kedudukan Anna sebagai pelakon muda berbakat besar. Lakonannya dalam drama popular Hai Cinta, Dengarkanlah! bukan sahaja menambat hati penonton tempatan, malah berjaya menarik perhatian peminat antarabangsa. 

Dengan kemenangan ini, Anna kini sebaris dengan bintang Asia lain yang diiktiraf di salah satu pentas drama paling berprestij di dunia.

Mengulas kejayaannya, Anna meluahkan rasa syukur dan bangga dan menganggap kemenanganya itu adalah untuk semua yang menyokongnya selama ini.

“Saya benar-benar terharu dengan penghargaan ini. Terima kasih kepada pihak SDA kerana memberi peluang Malaysia bersinar di peringkat global. Trofi ini bukan hanya untuk diri saya, tetapi juga untuk peminat, keluarga, serta seluruh pasukan produksi yang sentiasa menyokong.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Tonton dan TV3 kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan seni saya. Pengiktirafan ini adalah hadiah istimewa untuk Malaysia,”ujar Anna.

Bagi meraikan kejayaan bersejarah tersebut, Tonton melancarkan kod promo eksklusif ‘ANNAJOBLING’ yang menawarkan langganan tiga bulan pada harga istimewa RM20 bermula 25 September 2025. 

Melalui promosi ini, peminat dapat menonton koleksi drama popular Anna termasuk Hai Cinta, Dengarkanlah!, Melur Untuk Firdaus dan Terima Kasih Cinta dan Bella – Bila Cinta Bersatu.

Kemenangan di SDA menjadi titik tolak baharu buat Anna dalam perjalanan kariernya. 

Sebagai bintang muda yang semakin bersinar, beliau berazam untuk terus melangkah ke pentas antarabangsa dan menjadi inspirasi kepada generasi pelakon baharu Malaysia agar berani bermimpi besar.

Pengiktirafan ini bukan sekadar kejayaan peribadi, tetapi bukti bahawa industri drama Malaysia semakin mendapat perhatian di mata dunia. 

Anna Jobling kini berdiri megah sebagai salah seorang ikon hiburan negara yang berjaya mengangkat nama Malaysia ke persada global. - Getaran, 4 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang