web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komen Gaun Aishwarya Rai Disalah Erti, Cef Wan Tampil Mohon Maaf 

Jelas Cef Wan dia langsung tidak mempunyai niat untuk menghina mana-mana agama

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 3:01PM

Cef Wan - Gambar fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cef selebriti, Datuk Redzuawan tampil memohon maaf secara terbuka melalui akaun Instagramnya selepas ‘komen gurauannya’ berkenaan gaun yang digayakan oleh Aishwarya Rai di festival Cannes baru-baru ini disalah erti oleh sesetengah pihak. 

Jelas selebriti yang mesra disapa sebagai Cef Wan ini, komen yang dimuat naik di Instagram @namastebollywood.in itu sama sekali tidak berniat untuk menghina atau mempermainkan agama Hindu kerana sebagai seorang cef televisyen beliau menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia. 

“Saya mungkin salah. Tetapi bukanlah niat sebenar saya untuk bersikap perkauman atau memburukkan agama Hindu. Sebagai seorang Cef TV, saya sentiasa sayang dan sangat menghormati semua budaya dan agama di dunia.

Saya menyayangi masyarakat dunia dan Malaysia, merentasi semua budaya. Dengan kesempatan ini, saya ambil peluang untuk memohon maaf yang seikhlasnya kepada semua orang yang beranggapan bahawa kenyataan saya sebelum ini telah menghina agama mereka. Saya minta maaf,” tulis Chef Wan.

Dalam masa yang sama, Cef Wan juga menjelaskan bahawa ketika dia mahu menulis komen terbabit, dia sememangnya terfikirkan tentang bulu burung merak yang disifatkan sebagai amat cantik. 

“Apabila saya membaca kapsyen yang meminta pendapat tentang gaun yang dipakai oleh Aishwarya Rai, fikiran saya serta-merta memikirkan bahan yang digunakan oleh menghasilkannya. Saya sering melihatnya di acara keagamaan Thaipusam di Batu Caves.

Sebab ramai pun yang komen di situ ia kelihatan seperti burung merak, jadi fikiran saya terus mengiyakannya. Ketika festival Thaipusam memang banyak kavadi dibawa menggunakan bulu burung merak.

Saya selalu fikir bulu merak itu cantik. Oleh kerana kapsyen itu meminta pandangan pertama tentang gaun itu, saya serta-merta menaip, “She carrying Kavadi on herself heading to Batu Cave Thaipusam ceremony", ulas Cef Wan yang beberapa kali menegaskan dia hanya bergurau. 

Pada Selasa polis mengesahkan bahawa Cef Wan kini sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung komen yang dimuat naik. Ini berikutan terdapat laporan polis yang dibuat yang mendakwa  komen yang ditulis oleh Cef Wan bersifat perkauman. 

Bercakap kepada Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari memaklumkan, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu.

"Bagaimanapun kes ini diserahkan kepada USJT kerana melibatkan 3R iaitu agama, kaum dan raja," katanya di sini, pada Isnin.

Ahmad Sukarno turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh isu 3R di mana-mana platform kerana ia boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam pelbagai kaum di Malaysia. - Getaran, 28 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM