web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Celine Dion Buat Kejutan, Tampil Di Anugerah Grammy

Ditemani anak lelakinya, Rene Charles Angelil, Celine melahirkan rasa terharu dan gembira kerana berpeluang menghadiri anugerah berprestij berkenaan

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 4:05PM

Celine Dion ketika berada di belakang pentas Anugerah Grammy baru-baru ini. gambar Instagram celinedion

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehadiran penyanyi Celine Dion di pentas utama Anugerah Grammy baru-baru ini mengejutkan ramai pihak, khususnya hadirin yang hadir, selepas mengumumkan berdepan masalah kesihatan, iaitu Sindrom Kekejangan Otot, hingga menjejaskan fungsi otak dan tulang belakangnya.

Beliau tampil bagi menyampaikan anugerah Album Terbaik Tahunan, iaitu anugerah terakhir dalam majlis itu kepada penyanyi, Taylor Swift. 

Penampilannya di pentas diiringi lagu keramatnya, The Power Of Love dan tepukan gemuruh kesemua yang hadir di dalam dewan sambil ditemani anak lelakinya, Rene Charles Angelil, 23 tahun.

"Terima kasih, semua. Saya sayangkan anda semua juga. Anda kelihatan cantik. Apabila saya katakan bahawa saya gembira berada di sini, saya benar-benar maksudkannya, dari lubuk hati saya.

"Jangan ambil mudah peluang untuk berada di Anugerah Grammy ini, kerana kasih sayang dan kegembiraan yang diberikan adalah luar biasa iaitu menerusi muzik yang berjaya menyatukan kita semua dan ramai lagi di seluruh dunia," kata Celine sebelum menyampaikan anugerah berkenaan.

Sejak dikesan menghidap penyakit berkenaan, kakaknya, Claudette Dion sentiasa mengemaskini keadaan semasa beliau untuk tatapan peminatnya di seluruh dunia.

Disember lalu, Claudette mendedahkan impian Celine untuk kembali beraksi di pentas, namun keadaan kesihatannya tidak membenarkan perkara itu berlaku.

Sementara itu, minggu lalu, Amazon MGM mengumumkan mereka memperoleh hak ke atas dokumentari mengenai Celine, 'I Am: Celine Dion' yang mengisahkan perjuangan penyanyi itu melawan Sindrom Kekejangan Otot.

Menurut Celine, dokumentari itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu dan perjuangannya bagi melawan sindrom berkenaan.

Dokumentari 'I Am: Celine Dion' dijangka ditayangkan di Prime Video, namun tarikhnya masih belum diumumkan. - Getaran, 6 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 tahun yang lalu

Anugerah Grammy Dijadual Semula Pada 3 April Di Las Vegas 

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Omicron Meningkat Di AS, Anugerah Grammy Ditangguhkan

3

Gaya 5 tahun yang lalu

Pelepah Bulu, Aksesori Paling Hangat Selepas Anugerah Grammy

4

Muzik 5 tahun yang lalu

'Folklore' Taylor Swift Dinobat Album Terbaik Anugerah Grammy 2021!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN