web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Omicron Meningkat Di AS, Anugerah Grammy Ditangguhkan

Akademi Rakaman dan CBS mengumumkan penangguhanan anugerah Grammy ke-64 pada Rabu berikutan kes membabitkan varian Omicron terus meningkat di Amerika Syarikat.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 5:04PM

Gambar: AFP/ Don Emmert

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akademi Rakaman dan CBS mengumumkan penangguhan anugerah Grammy ke-64 pada Rabu berikutan kes membabitkan varian Omicron terus meningkat di Amerika Syarikat.

Keputusan itu dibuat "selepas pertimbangan dan penelitian melibatkan pegawai perbandaran dan negeri, pakar kesihatan dan keselamatan, komuniti artis dan rakan kongsi kami," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan bersama Akademi Rakaman dan CBS.

"Kesihatan dan keselamatan mereka dalam industri muzik, penonton, serta ratusan kru yang bekerja tanpa lelah untuk menjayakan setiap persembahan kami tetap menjadi keutamaan," kata kenyataan itu.

"Memandangkan ketidakpastian akibat varian Omicron, meneruskan acara pada 31 Januari hanya mengundang banyak risiko. 

“Kami menanti untuk meraikan Malam Berprestij Muzik pada tarikh yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya.

Anugerah Grammy tahun lalu telah ditangguhkan dari Januari kepada Mac ketika kebimbangan COVID-19 melanda dan hanya dihadiri mereka yang tercalon dengan jumlah penonton yang terhad.

Organisasi dan institusi di seluruh negara terus mengubah rancangan berikutan peningkatan kes COVID-19. 

Syarikat-syarikat di seluruh negara telah menangguhkan pekerja kembali ke pejabat, dan sekolah di kawasan ‘hot spot’ telah kembali kepada sesi pembelajaran secara maya.

Pada Selasa, AS merekodkan satu juta kes COVID-19 sehari, memecah rekod global, menurut data yang dikumpul Universiti Johns Hopkins. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN