web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Folklore' Taylor Swift Dinobat Album Terbaik Anugerah Grammy 2021!

Anugerah Juara Lagu (AJL) di Malaysia, Anugerah Grammy (Grammys) di Amerika Syarikat. Mari kita raikan para pemenangnya!

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 1:43PM

AFP PHOTO / Kevin MAZUR / The Recording Academy via Getty Images

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Taylor Swift mencipta satu lagi sejarah baru apabila album Folklore dinobatkan sebagai album terbaik dalam anugerah berprestij Grammy sekali gus menjadikannya sebagai artis solo perempuan pertama yang memenangi kategori itu selama tiga tahun berturut-turut. 

Folklore adalah album yang lahir ketika pandemik baru sahaja menyerang dunia. Lagu-lagunya sangat romantis dan melankolik seolah-olah menceritakan perasaan pendengar yang terasing sepanjang tempoh yang mencabar ini. Kejayaan Folklore secara tidak langsung menjadikan Taylor sebagai penyanyi dan komposer keempat dalam sejarah yang meraih Album of the Year selepas Frank Sinatra, Paul Simon dan Stevie Wonder. 

“Terima kasih kepada semua yang sudah berkolaborasi dengan saya. Justin Vernon, saya berharap kita dapat berjumpa suatu hari nanti. Joe, awaklah orang pertama yang saya akan persembahkan muzik setiap kali saya berjaya menyudahkan apa-apa lagu. Saya sangat seronok kerana boleh menghasilkan lagu bersama-sama awak,” kata Taylor.

Dalam ucapannya, Taylor turut meluahkan penghargaannya kepada pasukannya, Akademi Rakaman (Recording Academy) dan para peminat yang telah menjadikan impiannya suatu realiti.

Salah seorang penerbit album tersebut iaitu Aaron Dessner juga menyifatkan dirinya sangat bertuah kerana dapat bekerja dan berkolaborasi dengan nama-nama hebat sepanjang menghasilkan album ini walaupun dalam tempoh pandemik. 

Sebenarnya, ramai yang sudah menjangkakan Folklore bakal membawa pulang trofi pada hari ini. Sebelum ini banyak ulasan positif telah diberikan kepada pengkritik memuji kreativiti dan kematangan muzik yang ditunjukkan Taylor dalam album Folklore

Berikut ialah senarai penuh pemenang Anugerah Grammys 2021:

Album Terbaik: Taylor Swift, Folklore

Rekod Terbaik: Billie Eilish, ‘Everything I Wanted

Lagu Terbaik: H.E.R., Dernst Emile II dan Tiara Thomas, ‘I Can’t Breathe

Artis Baru Terbaik: Megan Thee Stallion

Muzik Video Terbaik: Beyonce, ‘Brown Skin Girl

Album Rap Terbaik: Nas, King’s Disease

Lagu Rap Terbaik: Megan Thee Stallion bersama Beyonce, ‘Savage

Persembahan Rap Terbaik: Megan Thee Stallion bersama Beyonce, ‘Savage

Album Rock Terbaik: The Strokes, The New Abnormal

Lagu Rock Terbaik: Brittany Howards, ‘Stay High

Persembahan Rock Terbaik: Fiona Apple, ‘Shameika

Album Pop Vokal Terbaik: Dua Lipa, Future Nostalgia

Persembahan Pop Solo Terbaik: Harry Styles, ‘Watermelon Sugar

Persembahan Pop Duo/ Berkumpulan Terbaik: Lady Gaga dan Ariana Grande, ‘Rain on Me

Album R&B Terbaik: John Legend, Bigger Love

Persembahan R&B Terbaik: Beyonce, Black Parade

Muzik Video Alternatif Terbaik: Fiona Apple, ‘Fetch the Bolt Cutters

Album Global Muzik Terbaik: Burna Boy, Twice as Tall

Album Negara Terbaik: Miranda Lambert, Wildcard

Lagu untuk Visual Media Terbaik: Billie Eilish, ‘No Time To Die

- Getaran, 15 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN