web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelepah Bulu, Aksesori Paling Hangat Selepas Anugerah Grammy

Walaupun acara-acara anugerah penuh glamor dan segmen karpet merahnya hilang sinar dek pandemik, para peminat tak berhenti memerhati bintang kegemaran mereka.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 8:50AM

Gambar: Harry Styles / Instagram©

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terima kasihlah Harry Styles kerana membuat aksesori retro yang satu ini kembali hangat. Selepas dipakai oleh Harry sewaktu persembahannnya di acara Anugerah Grammy baru-baru ini, permintaan untuk pelepah bulu (feather boa) meningkat naik di seluruh dunia. 

Sejak bergerak solo tanpa One Direction, Harry Styles memang cukup berani bereksperimentasi dengan gaya. 

Semasa acara anugerah Grammy 14 Mac lalu di Los Angeles, beliau kelihatan memakai aksesori era disko ini dalam pelbagai warna.  Dan ini telah menyebabkan para peminatnya di seluruh dunia terus ‘menyerang’ internet dan mencari penjual pelepah bulu berdekatan. 

Menurut laporan terkini daripada platform fesyen global Lyst, carian pelepah bulu meningkat sebanyak 1,500 peratus dua hari selepas penampilan penyanyi Inggeris itu di pentas Grammy. 

Sebelum ini pelepah bulu menjadi aksesori untuk acara-acara khas atau bertema disco dan retro sahaja. 

Pada acara Grammy itu juga, Harry mengenakan sepasang sut kulit seraya menyebabkan pencarian untuk seluar kulit meningkat sebanyak 100 peratus kurang daripada 24 jam selepas selesai acara anugerah. 

Acara karpet merah memang hilang sinar sejak pandemik menyelubungi dunia, namun minat dan perhatian para peminat kepada gaya bintang-bintang ternama sewaktu acara anugerah tidak pudar sama sekali. 

Beyonce yang mengenakan dress kulit sewaktu acara anugerah berprestij ini telah dan menyebabkan carian internet untuk dress kulit meningkat sebanyak 25 peratus dalam beberapa jam selepas acara. 

Hal yang sama terjadi kepada dress rantai Dua Lipa (+18 peratus) dan dress jingga Megan Thee Stallion (+16 peratus) 

Menurut Lyst, trend fesyen yang muncul sepanjang bulan Mac termasuklah ‘granny chic’ untuk lelaki, yang mungkin menyebabkan ramai lelaki bergaya sekarang sibuk menyelongkar almari nenek-nenek mereka untuk aksesori antik. 

Turut berada dalam senarai itu adalah pakaian yang diinspirasikan oleh balet dan barang kemas kostum. Kita tunggu dan lihat apa lagi trend bulan ini yang akan bertahan lama. - Studio ETX, 23 Mac 2021

Data ini dikeluarkan oleh platform membeli-belah Lyst yang telah menganalisa soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh 100 juta penggunanya. Laporan penuh ada di Lyst.com 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 3 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden