web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Annie Lennox Gesa Gencatan Senjata Di Gaza Ketika Hadiri Anugerah Grammy

Penyanyi dan aktivis politik itu melaungkan gesaan berkenaan sebaik sahaja selesai mengadakan persembahan pada segmen  penghormatan Grammy buat Sinéad O'Connor

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 8:11PM

gambar aplikasi X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas menghiburkan hadirin dengan lagu ‘Nothing Compares To U’ di Anugerah Grammy pada Ahad, penyanyi Annie Lennox tanpa teragak-agak menyeru supaya gencatan senjata dilakukan di Gaza, Palestin. Tindakan itu menjadikan beliau artis pertama yang berbuat begitu pada acara anugerah utama tahun ini.

“Artis untuk gencatan senjata. Keamanan di dunia,” Lennox bersuara dengan lantang dengan menghayunkan penumbuk ke udara. 

Peminat penyanyi berusia 69 tahun ini memuji tindakan Lennox kerana membuat kenyataan berani dan menghormati O'Connor dengan ‘cara yang paling bermakna dan jujur’. 

O'Connor, juga terkenal kerana lantang bersuara. Arwah pernah menyelar gereja Katolik terhadap penderaan seks kanak-kanak semasa membuat persembahan di Saturday Night Live pada tahun 1992.

Selain Lennox, beberapa artis lain turut menyatakan sokongan kepada Palestin dan menyeru keamanan di Gaza pada acara karpet merah Grammy.

Ahli Boygenius, Phoebe Bridgers, Lucy Dacus, dan Julien Baker memakai pin yang bertulis, ‘Artists Call for Ceasefire Now’.

Acara Grammy yang berlangsung semalam turut menyaksikan penunjuk perasaan menyekat jalan-jalan di sekitar Arena Crypto.com bagi menyatakan sokongan kepada Palestin dan menyeru kepada keamanan. 

Hollywood sudah beberapa kali berlaku tidak adil kepada bintang-bintang mereka berkaitan dengan konflik Palestin- Israel.

Melissa Barrera contohnya digugurkan daripada peranan utamanya untuk filem Scream VII selepas berkongsi beberapa hantaran di Instagram yang menyokong Palestin dan menyiarkan semula satu mesej yang menuduh Israel melakukan.

Syarikat penerbitan filem itu, Spyglass Media Group dalam satu kenyataan berkata: “Kami tidak bertolak ansur terhadap antisemitisme atau hasutan kebencian dalam apa jua bentuk, termasuk rujukan palsu kepada pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik, Holocaust atau apa sahaja yang secara terang-terangan meniup kebencian”. – Getaran, 5 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Sementara Lebih Banyak Bawa Musibah - Anwar

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kekal Teguh Bersama Gaza, Keberanian Sukarelawan Simbol Solidariti - PM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

M’sia Negara Tunggal Suarakan Isu Gaza Kepada Trump - PM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Di Gaza Suntik Harapan, Palestin Perlukan Keadilan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN