web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dynas Mokhtar Pula Jadi Mangsa Penipuan Dalam Talian

Duit dalam akaun bank lesap selepas dapati ada transaksi dalam mata wang asing

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2024 1:23PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Dynas Mokhtar, 41 mendedahkan dirinya hampir kehilangan kesemua wang simpanan apabila sejumlah wang dalam akaun peribadinya lesap.

Perkara ini dikongsi oleh Dynas menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagramnya pada Isnin malam, kira-kira jam 11 malam. 

“Careful guys, nanti duit lesap dengan begitu sahaja! Tidak perlu menjawab sebarang panggilan telefon, tidak perlu ikuti mana-mana pautan, dan tidak memberikan kad bank saya kepada sesiapa, dan duit masih boleh hilang. Doakan saya boleh dapatkannya semula” tulis Dynas.

Menerusi video itu Dynas juga menjelaskan yang dia menyedari perkara ini beberapa hari lalu, iaitu ketika dia ingin membuat bayaran gaji pengurus peribadinya. Jelas Dynas dia tidak pernah mempunyai kad kredit, sebaliknya hanya mempunyai kad debit untuk akaun simpanan semasanya.

“Saya kehilangan sejumlah wang dan perkara ini saya sedari ketika ingin membayar gaji pengurus saya. Apabila saya semak penyata akaun, saya dapati ada pelbagai transaksi dalam pelbagai jenis matawang asing. Saya tidak punya akaun kredit kad, tetapi mempunyai kad debit untuk akaun semasa. Saya pun tidak boleh bercerita lanjut, sebab kes ini masih dalam siasatan.

“Saya tidak mahu perkara ini berlaku kepada orang lain. Saya harap anda semua lebih berhati-hati, jangan letak banyak sangat duit dalam akaun yang ada kad. Letak duit tu di tempat yang lebih selamat. Sebabnya kalau orang klonkan kad debit anda, wang anda akan habis,” ujar Dynas.

Menerusi video itu juga, pelakon drama Korban Kasih ini kelihatan sangat kecewa kerana arus pemodenan seolah-olah tidak menjamin keselamatan. - Getaran, 16 Januari 2024

Foto : Instagram Dynas

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN