web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


M Daud Kilau: Ayah Sepatutnya Jalani Pembedahan - Anak

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 8:24AM

M Daud Kilau - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Penyanyi legenda Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI) petang semalam, sepatutnya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan.

Anak sulungnya, Noraini Muhammad Daud, 58, berkata pembedahan itu ditangguhkan disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot akibat menghadapi pelbagai komplikasi penyakit antaranya jangkitan kuman dalam darah, sakit jantung, kencing manis dan masalah buah pinggang.

"Arwah ayah sudah tidak sedarkan diri sejak pagi semalam (kelmarin) dan doktor memang beritahu keadaan kesihatan arwah semakin merosot.

"Arwah ayah dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan sejak Selasa lepas. Sepanjang berada di hospital ada hari dia sedar, ada hari dia tak sedarkan diri tetapi dalam keadaan dia sedar pun kita dah tak boleh faham apa yang dia cakap," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik HTI, di sini.

Noraini memberitahu kira-kira 4.30 petang semalam keadaan bapanya berada dalam keadaan tercungap-cungap dan ketika itu kesemua ahli keluarga berada di sisi semasa Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham disahkan meninggal dunia jam 4.46 petang semalam ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Noraini berkata jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di HTI sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Datin Rohani Awang Ngah yang masih bersedih enggan ditemu bual media.

Pemergian M Daud Kilau, 85,  disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram.

"Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah," katanya ringkas menerusi 'Insta Story' melalui akaun peribadinya.

Penyanyi lagu malar segar “Che Mek Molek” itu sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jalani Pembedahan Buang Cyst,  Fibroib Hari Ini, Zara Zya Mohon Maaf Pada Semua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah M Daud Kilau Selamat Dikebumikan 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Raja Gelek, M Daud Kilau meninggal dunia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas