web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah M Daud Kilau Selamat Dikebumikan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 3:34PM

Jenazah penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau dibawa ke Masjid Tuminah Hamidi dari kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh selepas Zohor. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Jenazah penyanyi legenda, Allahyarham Datuk M Daud Kilau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh di sini pada jam 2.30 petang ini.

Cuaca baik mengiringi upacara pengebumian di kawasan perkuburan itu yang dihadiri kenalan rapat, saudara mara dan penduduk setempat.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tuminah Hamidi l di sini yang diimamkan  oleh imam masjid,  Zulfadil Ismail serta kira-kira lebih 400 jemaah.

Sementara itu, Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), Datuk DJ Dave menyifatkan pemergian Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri seni tanah air.

"Saya dan Allahyarham sudah kenal sejak 50 tahun lalu. Kami banyak menyanyi dan sepentas bersama. Semasa aktif, arwah suka menjahit baju labuci yang dipakainya sekiranya perlu diubah suai ketika berada di belakang pentas.

"Sejak tiga tahun lalu YKAT memberi pencen berjumlah RM500 kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya dalam industri seni," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu,  cucu Allahyarham, Norhasliyana Hassan, 33, berkata beliau akan merindui dendangan lagu Cek Mek Molek yang sering dinyanyikan arwah datuknya menerusi panggilan telefon sebelum ini.

"Sepanjang hayatnya, atuk tidak kisah jika kami buat bising ketika di rumah, malah beliau tidak pernah memarahi kami. Saya akan merinduinya," katanya dalam nada sebak.

Norhasliyana berkata, kesihatan arwah datuknya mula merosot sejak Mac lepas dan sering keluar masuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, mengikut perancangan, mereka sekeluarga mahu membawa Allahyarham ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan, namun tidak kesampaian.

Allahyarham M Daud Kilau, 85, disahkan meninggal dunia pada 4.46 petang semalam akibat jangkitan kuman dalam darah semasa menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Semalam, anak sulung Allahyarham, Noraini Muhammad Daud, 58, berkata, sepatutnya arwah bapanya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman, namun terpaksa ditangguhkan.

Noraini berkata, pembedahan itu ditangguhkan disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot akibat menghadapi pelbagai komplikasi penyakit, antaranya jangkitan kuman dalam darah, sakit jantung, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Rohani Awang Ngah, 66, dan dua orang anak iaitu  Noraini dan Ahmad Zaini, 52, serta sembilan cucu dan dua cicit.

Penyanyi lagu malar segar, Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun lalu selepas disahkan menghidap kencing manis selain sakit pinggang dan jantung tidak stabil. -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jenazah Abdul Taib Tiba Di Demak Jaya

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

M Daud Kilau: Ayah Sepatutnya Jalani Pembedahan - Anak

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Raja Gelek, M Daud Kilau meninggal dunia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad