web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalani Pembedahan Buang Cyst,  Fibroib Hari Ini, Zara Zya Mohon Maaf Pada Semua

Selain itu, pelakon ini juga perlu menjalani rawatan untuk sakit pada bahagian tulang belakang atau sindrom lumbar facet

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2024 12:01PM

Zara Zya sudah dimasukkan ke hospital hampir dua minggu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas hampir dua minggu ‘berkampung’ di hospital, pelakon Zara Zya, 39, memaklumkan bahawa dia perlu menjalani pembedahan untuk membuang cyst dan fibroid dan juga memulakan rawatan untuk sakit di bahagian tulang belakang.

Perkara ini dimaklumkan oleh Zara menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya pada lewat malam Khamis. 

Hantaran yang dimulakan dengan permohonan maaf itu turut menjelaskan bahawa dia sebenarnya hadir ke hospital untuk membuat pemeriksaan sakit arthritis, namun keputusan mendapati dia mempunyai pelbagai masalah kesihatan yang lain. 

“Dengan rendah diri, saya ingin mohon ampun dan maaf kepada semua yang saya kasihi. Sama ada kenal ataupun tidak. Jikalau saya ada menyakiti anda, maafkanlah saya.

“Esok, hari Jumaat yang mulia, saya akan menjalani pembedahan dan rawatan untuk buang cyst, fibroid dan facet joint injection. Sudah lama saya berkampung di hospital ni, hampir dua minggu. 

“Pada awalnya hanya ingin buat pemeriksaan untuk sakit arthritis sahaja. Tetapi bersangkutan pula dengan masalah cervical facet & lumbar facet syndrome. Bukan itu sahaja, saya juga mempunyai cyst (Bosniak IV) di kidney kiri dan juga ada fibroid,” tulis Zara. 

Dalam masa yang sama, Zara juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya. 

“Terima kasih pada semua yang mendoakan saya. Jangan lupa untuk maafkan saya. Ujian ini daripada Allah S.W.T dan saya reda dengan semuanya,” ujarnya.

Zara ditahan di wad sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur bermula 27 Mei lalu.  - Getaran, 31 Mei 2024

Foto : IG Zara

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang