web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angelina Jolie Nyatakan Sokongan Terhadap Palestin, Bantah Kezaliman Zionis Israel

Aktres dan aktivis kemanusiaan itu menganggap pemimpin negara yang tidak menyokong gencatan senjata sebagai penjenayah

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 7:21PM

gambar Instagram angelinajolie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie telah menarik perhatian warga siber apabila berkongsi mengenai sejarah dan konflik antara Israel dan Palestin di akaun Instagram, angelinajolie

Namun, perkongsian itu menimbulkan tanda tanya orang ramai kerana ia tidak menyatakan dengan jelas arah tuju sokongan aktivis kemanusiaan itu.

Bagaimanapun, selang beberapa hari kemudian, beliau akhirnya menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin dan dengan tegas menuntut keadilan bagi penduduk di Gaza yang kini dizalimi Israel.

Malah, beliau turut menyelar pemimpin yang enggan menamatkan perang di Palestin dan menggelar mereka sebagai penjenayah.

“Tindakan pemimpin negara yang tidak menyokong gencatan senjata disifatkan sebagai perbuatan jenayah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Menerusi perkongsian itu, Angelina turut meluahkan rasa sedihnya sambil memuat naik imej  satu lokasi di Gaza yang musnah akibat pengeboman tentera Israel, selain memaklumkan bahawa ramai kanak-kanak yang terkorban dalam serangan itu.

“Ia adalah satu pengeboman yang disengajakan di kawasan yang mereka (mangsa) tidak boleh lari ke tempat lain. Gaza menjadi penjara terbuka hampir dua dekad dan kini menjadi kubur besar-besaran.

“Jutaan rakyat Palestin dihukum tanpa perikemanusiaan, berdepan kekurangan makanan, bekalan ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan.

“Kira-kira 40 peratus yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak berdosa,” kongsinya di hantaran itu.

Susulan keberaniannya yang ditampilkan menerusi perkongsian itu, pelbagai reaksi dan komen positif diterima daripada pengikutnya,  dan mereka turut menyatakan rasa terima kasih kerana berkongsi kisah benar yang sedang berlaku di Palestin.

Terdahulu, Angelina berdepan kecaman daripada orang ramai kerana mengambil pendirian berkecuali sejak 7 Oktober lalu, iaitu selepas Palestin diserang, malah menyatakan rasa belas kasihan terhadap mangsa perang di Israel. – Getaran, 2 November 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN