web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bell Ngasri Tak ‘Auta’, Penuhi Tuntutan Belanja Makan Di Seluruh Cawangan Restoran Pak Mat Western

Mengakui agak sukar untuk menunaikan manifesto asalnya iaitu belanja makan tengah hari di bulan Ramadan, Bell Ngasri ambil keputusan belanja 100 set bebola daging di setiap cawangan restoran Pak Mat Western hari ini

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 9:25PM

Bell Ngasri menepati janji untuk membelanja pengundinya makan - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang baru sahaja mencipta kejayaan luar biasa di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH35) dengan meraih anugerah utama, Artis Paling Popular iaitu Bell Ngasri telah menunaikan janji untuk membelanja orang ramai makan secara percuma.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 43, telah melancarkan manisfesto berkenaan ketika berkempen untuk meraih undian sempena ABPBH35.

Pada mulanya Bell Ngasri ingin membelanja pengundi makan tengah hari di bulan Ramadan - gambar fail
Pada mulanya Bell Ngasri ingin membelanja pengundi makan tengah hari di bulan Ramadan - gambar fail

Mengikut manifesto asal, Bell ingin membelanja orang ramai makan tengah hari ketika bulan Ramadan. Namun disebabkan dia telah menang besar, dia terpaksa mengubah manifesto itu memandangkan ia mustahil untuk dilaksanakan.

Sehubungan itu, Bell telah mengambil inisiatif lain, iaitu membelanja pengundinya makan secara percuma di restoran Pak Mat Western dengan memberikan 100 set bebola daging di setiap cawangan restoran tersebut.

Kenduri 'Yak Yak Yeay!’ itu telah diadakan hari ini, yang menyaksikan  ramai orang beratur panjang di cawangan Pak Mat Western untuk mendapatkan bebola daging percuma.


“Bell Ngasri tak auta geng. Dia buat betul-betul kenduri. Hari ini seluruh cawangan Pak Mat. 100 set bebola daging percuma,” tulis Pak Mat Western di status yang dikemaskini di akaun rasmi Instagram mereka.

Kejayaan Bell Ngasri di ABPBH35 yang lalu telah mendapat liputan meluas. Selain memenangi anugerah Artis Paling Popular, Bell juga membawa pulang anugerah Artis Komedi Popular. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Bell Ngasri, semoga murah rezeki Bell dalam bidang seni. – Getaran, 26 Julai 2023.

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

4 Tempat Makan Menyelerakan Di Kuching, Sarawak

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bell Ngasri Dapat Kereta Mini Cooper, Akui Tak Tidur Malam Terfikir Bakal Dapat Kereta Apa 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Anak Mamat Khalid Teruskan Fenomena 'Barkoba' Dalam 19 Puasa

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Akhirnya Gondol Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri Pernah Dipandang Rendah Seorang Pengarah Kerana 'Ketot'

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa