web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Tempat Makan Menyelerakan Di Kuching, Sarawak

Bukan setakat Laksa Sarawak, bandar yang popular dengan hidangan kek lapis ini juga menjanjikan pelbagai hidangan enak yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2023 11:11AM

Penkek tiram antara menu wajib cuba di Kuching, Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan Hari Malaysia, Getaran menampilkan tempat makan yang digemari di bandar raya Kuching, Sarawak. Dari segi penyediaan makanannya, makanan di Malaysia Timur tidaklah jauh berbeza berbanding di Semenanjung. 

Hidangan berasaskan nasi, mi, mihun serta lauk-pauk yang direbus, digoreng, serta dipanggang menjadi kegemaran ramai di sini. Berikut disenaraikan empat tempat makan sedap dan popular di kota Kuching, Sarawak. 

1. Mom’s Laksa (Jalan Haji Taha)

Laksa Sarawak terkenal dengan rasa kuahnya yang kaya berempah berbanding laksa lain di Semenanjung. Ini kerana pelbagai bahan diperlukan untuk menyediakan kuah laksa ini. 

Jika disenaraikan, terdapat lebih daripada 10 bahan-bahan yang digunakan seperti bawang dan cili, jintan manis, jintan putih, lengkuas, belacan, ketumbar, bijan, santan, asam keping, dan serai. Tidak cukup dengan itu, ia ditambah lagi dengan cebisan daging ayam, udang, hirisan telur dadar, sambal belacan dan air limau nipis. Pendek kata, penyediaannya cukup kompleks dan mengambil masa. 

Oleh itu, tidak hairanlah apabila ramai yang memilih untuk mengunjungi Mom’s Laksa di Jalan Haji Taha untuk semangkuk laksa yang lazat ini. 

Mom’s Laksa merupakan restoran yang sering dicadangkan oleh pengguna Internet. Di Mom’s Laksa, pelanggan dihidangkan dengan pelbagai pilihan laksa, termasuk Laksa Sarawak Biasa, Laksa Sarawak Udang, Laksa Pattaya, dan Laksa Sarawak Udang Sotong.

Pelanggan juga boleh menyesuaikan laksa dengan meminta ekstra untuk taugeh, bihun, kuah, dan telur dengan membayar sedikit caj tambahan. Kemewahan rasa kuah laksanya membuatkan pelanggan tidak putus-putus berkunjung ke restoran ini. Selain Laksa Sarawak, Mom’s Laksa juga menghidangkan mi kolok, sate, rojak, dan variasi nasi ayam penyet. 

2. Bismillah Cafe (Jalan Khoo Hun Yeang)

Restoran Bismillah Cafe dikenali penduduk tempatan sebagai port sarapan sedap dengan harga berpatutan. Lokasi restoran ini berhampiran dengan Padang Merdeka dan berhadapan dengan balai polis. 

Roti canai di Bismillah Cafe bertekstur lembut tapi garing di luar dengan sedikit ‘hangus’ di keliling roti. Dipadankan dengan kuah dal dan kari, inilah hidangan sarapan Malaysia yang sempurna! Jangan malu untuk memesan lebih dari sekeping kerana rotinya memang lazat. Bimbang kalau tidak cukup dan anda ingin memesannya lagi, anda perlu tunggu lama memandangkan jumlah pelanggan yang ramai. 

Mi Kolok
Mi Kolok

Orang Sarawak juga gemar bersarapan dengan mi kolok dan di kafe ini turut menyajikan mi kolok yang enak. Mi kolo atau kolok ialah mi kering yang digaul dengan campuran kicap serta cebisan daging, dan dimakan bersama sup yang ringan. 

Jika di Semenanjung, nasi lemak dan roti canai merupakan sarapan buruan ramai, tetapi di sini mereka lebih memilih mi kolok. 

3. TopSpot (Jalan Bukit Mata)

Antara perkara ‘wajib’ apabila berkunjung ke Kuching ialah makan di TopSpot. TopSpot ialah kawasan makan yang terletak di aras 6, tempat letak kereta, bangunan UTC di Jalan Bukit Mata. 

Deretan hidupan laut segar di TopSpot
Deretan hidupan laut segar di TopSpot

Di sinilah syurga makanan laut yang sering dikunjungi oleh orang tempatan dan pelancong. Kedai No 25, Bukit Mata Seafood, di TopSpot antara yang menjadi pilihan ramai. Mesti cuba Kari Kepala Ikan Manchong (Senangin) di sini. Ini kerana karinya berlainan dengan kari yang kita selalu makan. 

Rasanya sedikit masam, tidak pedas, tetapi cukup perisa! Ditambah fucuk dan sayur bendi, kari yang dihidangkan panas-panas memang sedap dimakan dengan nasi putih. 

Apabila di Kuching, Midin Belacan juga mesti dipesan kerana ia adalah hidangan sayur yang  unik di Sarawak. Selain itu, penkek tiram juga popular di sini, digoreng besar dan garing, ia dimakan sebagai pembuka selera. 

Midin Belacan
Midin Belacan

Dengan beraneka makanan laut yang ditawarkan, pelanggan dijanjikan dengan pilihan yang mewah dan ini bermakna pelanggan boleh memesan hidangan mengikut bajet masing-masing. Suasana di TopSpot  cukup meriah terutamanya menjelang malam. 

4. SugarBun

Restoran SugarBun merupakan rangkaian makanan segera yang sememangnya berasal dari Sarawak. SugarBun menawarkan hidangan set ayam goreng dengan nasi dan jeruk timun! 

Agak pelik menunya bagi restoran yang menjual ayam goreng tetapi sebagai orang Malaysia, set begini memang digemari ramai. Siapa yang tidak suka makan ayam dengan nasi? 

Selain hidangan ayam goreng, Sugar Bun juga ada hidangan nasi dengan asam pedas ikan, nasi dengan filet ikan dan ayam goreng, nasi dengan kari ayam, nasi ayam cendawan nasi ikan goreng, dan banyak lagi. Menunya memang Truly Malaysia! 

Sarawak mempunyai penduduk yang berbilang bangsa, suku kaum, adat serta budaya, dan tentunya makanan sering menjadi agen perpaduan yang merapatkan kita semua. Selain yang disebut di atas, pelbagai lagi hidangan yang boleh dicuba apabila anda berkunjung ke bumi kenyalang seperti linut, umai, ayam siok dan manok pansoh. Kenali Malaysia, cintai Malaysia.

Selamat Hari Malaysia 2023, Segulai Sejalai. - Getaran, 17 September 2023

Isu Pada

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

16 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 3 minggu yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi