web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akhirnya Gondol Bintang Paling Popular ABPBH35, Bell Ngasri Pernah Dipandang Rendah Seorang Pengarah Kerana 'Ketot'

Menepati ramalan ramai, fenomena luar biasa yang dicetuskan Bell Ngasri berjaya meletakkan namanya sebagai Bintang Paling Popular dan Artis Komedi Popular di ABPBH35

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2023 9:17AM

Penantian Bell Ngasri selama 37 tahun berakhir malam tadi - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fenomena luar biasa yang dicetuskan oleh pelakon dan pelawak, Bell Ngasri ketika kempen undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) beberapa minggu lalu nyata membuahkan hasil apabila dia dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada acara yang berlangsung malam tadi.

Selain memenangi anugerah utama itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 43, turut membawa pulang trofi bagi kategori Artis Komedi Popular sekaligus menewaskan empat lagi pesaingnya iaitu Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Syazli.

Bell Ngasri pernah dipandang rendah kerana fizikalnya - gambar Instagram dan Helmi Anuar
Bell Ngasri pernah dipandang rendah kerana fizikalnya - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Bell sewaktu ditemui di sidang media berkata, sepanjang 37 tahun mengabdikan diri sebagai anak seni, dia tidak pernah sekali pun terfikir untuk mengejar populariti.

"Saya pernah berkata, saya tak perlukan populariti dalam hidup saya. Mungkin sebab inilah, Allah berikan anugerah ini kepada saya. Selama 37 tahun, saya tak pernah rasa saya popular.

"Tetapi hari ini saya diraikan sebegini. Sebelum ini kalau saya hadir ke majlis anugerah, tiada orang yang pernah peduli tentang saya. Lalu di karpet merah pun orang tak perasan. Tetapi hari ini semua memanggil nama saya ketika di karpet merah," katanya.

Bell Ngasri tidak pernah menjadikan populariti sebagai faktor dia menceburkan diri dalam bidang seni - gambar Instagram dan Helmi Anuar
Bell Ngasri tidak pernah menjadikan populariti sebagai faktor dia menceburkan diri dalam bidang seni - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Kata pelakon yang memulakan kerjaya lakonan sejak dari zaman kanak-kanak ini lagi, dia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundinya di ABPBH35 kali ini.

"Saya rasa sangat terharu. Ramai yang memberitahu saya bahawa mereka mengundi di ABPBH35 buat pertama kali kerana saya. Saya bukanlah seperti artis lain yang punya kelab peminat yang kuat.

"Rakan-rakan artis yang tercalon juga turut mempromosikan saya sedangkan mereka juga turut bertanding bersama-sama.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada ibu saya. Dia yang paling gembira dengan kemenangan ini. Waktu kecil dulu dia sanggup bawa saya naik bas untuk pergi berlakon.

"Tidak dilupakan kepada Allahyarham Mamat Khalid yang telah mencipta watak Barkoba yang mencetuskan fenomena tersendiri," ujarnya.

Bell Ngasri menujukan kejayaan diraihnya kepada keluarga - gambar Instagram dan Helmi Anuar
Bell Ngasri menujukan kejayaan diraihnya kepada keluarga - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Menewaskan nama-nama popular yang jauh lebih muda daripadanya serta memiliki paras menawan seperti Anna Jobling dan Meerqeen, kata Bell, kemenangan di pentas ABPBH35 memberikan harapan kepada artis-artis lama bahawa mereka juga berpeluang meraih kejayaan yang sama sepertinya.

"Satu ketika dahulu saya pernah dipandang rendah oleh seorang pengarah yang memperkecilkan fizikal tubuh saya. Dia ada sini malam ini. Dia kata macam mana saya nak jadi artis sedangkan bertubuh ketot.

"Jika anda terkena pengalaman seperti itu, apa yang anda akan rasa. Sudah tentu perkara seperti itu boleh melunturkan semangat.

"Tetapi Alhamdulillah, kemenangan malam ini adalah satu bukti bahawa artis seperti saya juga boleh mengukir kejayaan," kongsinya.

Bell Ngasri tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada rakan artis yang menyokong walaupun mereka turut bertanding - gambar Instagram dan Helmi Anuar
Bell Ngasri tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada rakan artis yang menyokong walaupun mereka turut bertanding - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Ditanya siapakah yang dirasakan saingan terdekatnya untuk merangkul trofi Bintang Paling Popular, kata Bell dia melihat Anna Jobling punya populariti yang luar biasa.

"Anna Jobling menang banyak anugerah malam ini. Bila saya lihat dia, saya tertanya-tanya macam mana saya nak ganti jadi hero untuk dia. Bila dia berdiri sebelah Meerqeen, baru saya faham kenapa pengarah gandingkan mereka bersama. Mereka kelihatan sama cantik sama padan. Patutlah pengarah tak panggil saya untuk digandingkan dengan Anna Jobling,” katanya bergurau.

Ditanya apakah yang akan dilakukannya selepas meraih kemenangan ini, kata Bell sebelum ini dia telah memasang niat untuk menunaikan umrah.

"Saya merancang untuk menunaikan umrah. Tetapi tak sangka rezeki saya malam ini apabila turut diberikan hadiah pakej umrah oleh penaja utama iaitu Fellera. Mungkin inilah yang dinamakan rezeki yang ditentukan Allah buat saya," katanya.

Bell Ngasri bersyukur kerana hasrat menunaikan umrah tercapai dengan hadiah pakej umrah sumbangan penaja - gambar Instagram dan Helmi Anuar
Bell Ngasri bersyukur kerana hasrat menunaikan umrah tercapai dengan hadiah pakej umrah sumbangan penaja - gambar Instagram dan Helmi Anuar

Pada malam ABPBH35 itu juga menyaksikan beberapa nama selebriti senior turut mengukir kejayaan buat pertama kali seperti Elly Mazlein (Pengacara TV Popular), Tyzo (Penyampai Radio Popular) dan Beto Kushairy (Pelakon Filem Lelaki Popular).

Antara nama lain yang berjaya membawa pulang anugerah pada malam itu ialah Anna Jobling (BBNU Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Pasangan TV Popular), Meerqeen (Pelakon TV Lelaki Popular, Pasangan TV Popular), Aina Abdul (Penyanyi Wanita Popular, Lagu Popular - Terus Hidup), Khai Bahar (Penyanyi Lelaki Popular), Amir Ahnaf (BBNU Lelaki Popular), Dolla (Artis Duo/Berkumpulan Popular), Sophia Albarakbah (Pelakon Filem Wanita Popular), Aaron Aziz Dan Nadiya Nisaa (Pasangan Filem Popular), Sally Whoo (TikToker Popular), Ariff Irfan (Pencipta Kandungan Popular) , Syahmi, Asif dan Yoe Parey (Lawak Viral) dan Yuna ( Anugerah Eksplorasi Seni ABPBH35).

Tahniah diucapkan kepada Bell Ngasri dan semua pemenang. - Getaran, 22 Januari 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa