Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gimik Padam Gambar Di Instagram Menjadi, Tiket Konsert Judika Di Kuala Lumpur Laris Bak Pisang Goreng Panas

Menurut Judika, ramai peminat dan rakan artis termasuklah Ari Lasso, dan Anang fikir dia mahu mengundurkan diri dari dunia nyanyian gara-gara hantaran yang dibuatnya di Instagram

Selebriti Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 8:31PM

Hantaran di Instagram Judika yang menarik perhatian peminat - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, penyanyi popular dari Indonesia, Judika memadam semua gambarnya di Instagram, sekali gus mencetuskan tanda tanya buat peminatnya di seantero nusantara.

Judika atau nama sebenarnya Judika Nalom Abadi Sihotang hanya meninggalkan satu foto berwarna hitam dengan tertera ayat ‘terima kasih telah mendukung saya selama ini’.

Menurut Judika, ramai yang beranggapan bahawa dia mahu mengucapkan selamat tinggal pada bidang nyanyian. Malah dia turut dihubungi ramai rakan artis termasuk menteri gara-gara hantaran itu.

“Sejujurnya saya tak pernah terfikir untuk melakukan gimik seperti ini. Idea ini datang daripada ‘team’ saya. Ini adalah konsert pertama saya di Malaysia dan jelajah asia. Jadi mereka fikir idea bagaimana caranya agar semuanya tahu tentang konsert ini.

“Saya sendiri terkejut dengan maklum balas yang diterima selepas melakukan hal itu. Ramai yang fikir saya akan mengundurkan diri dari dunia muzik. Teman-teman saya seperti Ari Lasso, Anang dan lain semuanya mencari saya.

“Tetapi selepas itu saya telah minta maaf kepada semua,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert Rockmantic Night Judika And The Gang di Pavilion Kuala Lumpur.

Sidang media Judika - gambar Helmi Anuar
Sidang media Judika - gambar Helmi Anuar

Katanya lagi, sewaktu pasukannya memberitahu idea ini, dia mengambil masa yang agak panjang untuk berfikir lama, sebelum akhirnya bersetuju.

“Sejujurnya ini seperti bukan diri saya. Saya adalah penyanyi yang hanya ingin berkarya dan bukannya melakukan perkara sensasi. Tetapi dari sisi positif, saya terkejut lihat begitu ramai orang yang peduli dan sayangkan saya.  Ramai orang tahu mengenai konsert ini sehingga jualan tiket laris,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai konsertnya nanti yang akan berlangsung di Axiata Arena tanggal 21 Oktober nanti, kata Judika dia sangat teruja untuk bertemu para peminatnya di Malaysia.

“Peminat-peminat di sini sering bertanya bila saya akan lakukan konsert di Malaysia kerana satu persatu penyanyi dari Indonesia bikin konsert di sini, tetapi aku belum. Jadi inilah masanya.

“Lebih menarik apabila saya akan ditemani oleh penyanyi-penyanyi hebat dari Malaysia yang sudah lama saya kenal seperti Shila Amzah, Haqiem Rusli dan Marsha Milan,” kongsinya.

Konsert Judika bakal menemui peminat 21 Oktober nanti - gambar Helmi Anuar
Konsert Judika bakal menemui peminat 21 Oktober nanti - gambar Helmi Anuar



Pada konsert yang dibawakan khas oleh Alha Alfa Cosmetics dengan kerjasama Kharisma Music International dan Dua Anak Deo Management itu nanti, Judika bakal membuat persembahan lagu-lagu hits beliau dengan iringan muzik okestra di bawah pimpinan Toh Pati.

“Saya ingin semua peminat yang akan hadir ke konsert saya nanti bukan hanya dapar melihat dan mendengar, tetapi juga dapat merasakan dan tidak akan melupakan.

“Datanglah dengan jika seorang ‘rocker’ yang berani dan penuh semangat. Tetapi jangan lupa memilki hati yang penuh cinta kerana cinta membuatkan kira rasa bersemangat,” katanya.

Kedudukan ketika konsert mengikut kategori tiket - gambar Helmi Anuar
Kedudukan ketika konsert mengikut kategori tiket - gambar Helmi Anuar

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket, anda boleh layari laman sesawang www.ticket2u.com.my/judika. Harga tiket bermula dengan RM188 (Silver), RM248 (Rockzone Standing), RM299 (Gold), RM348 (VIP Rockzone Standing), RM388 (Platinum) dan RM799 (VIP). – Getaran, 18 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Selebriti 2 jam yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

oleh Helmi Anuar

Muzik 23 jam yang lalu

Festival Muzik Banyak Bagus 2024 Gabungkan Barisan Artis Popular 4 Negara

Festival muzik ini menggabungkan barisan artis dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Faham Kenapa Marissa Seorang Yang Disalahkan, Dulu Saya Tak Pernah Salahkan Memey’ - Abby Abadi

Menurut Abby, anaknya Marissa Dania dihentam netizen bagaikan tiada hari esok, sedangkan pihak lelaki juga turut bersalah dalam kontroversi yang melanda keluarg...

oleh Helmi Anuar

Selebriti 19 jam yang lalu

"Awak Ada Nombor Saya": Muaz Minta Aliff Untuk Jadi 'Gentleman'

oleh Helmi Anuar