web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Baby Shima Saman PU Syed, Ketua Pemuda PAS Kuantan

Penyanyi kontroversi, Baby Shima telah menyaman dua figura berkenaan kerana dikatakan telah memfitnahnya 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2023 12:00PM

Foto : Instagram & Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima telah memfailkan saman terhadap dua individu yang telah memfitnahnya iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak dan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Abd Rahman Mat Noor. 

Saman itu telah dikemukakan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 31, menerusi peguam, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi di dua mahkamah iaitu di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan berdasarkan kuasa tindakan saman fitnah (defamation) malicious falsehood di bawah undang-undang tort.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak guaman, setakat tarikh kenyataan ini dikeluarkan semalam, proses penyerahan kertas-kertas kuasa kepada individu-individu yang dinamakan dalam saman ini sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang. 

“Bagi maksud menghormati proses mahkamah dan mengambil kira bahawa individu-individu yang dinamakan dalam saman ini belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan, anak guam kami tidak berhajat untuk mengulas lebih lanjut berkenaan dengan merit tindakan-tindakan ini. 

“Kami juga telah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang telah terlibat dalam menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersil,” tulis Muhammad Noor Azfar dalam kenyataan itu.

Beberapa bulan lalu Abd Rahman pernah mendakwa Baby Shima telah menjual agama kerana hanya memakai tudung mengikut majlis tertentu.

Manakala PU Syed pula didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti tentang soal halal haram berhubung penganjuran sesuatu konsert. - Getaran, 14 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Penyanyi Kontroversi Baby Shima Umum Mahu Bertanding Di PRN Mewakili Parti Bebas

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Gabung Artis Malaysia Indonesia

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Kenapa Banyak Geng PAS Pertikaikan Shima Bersopan? Tak Fahamlah, Semua Tak Kena” – Baby Shima

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Siapa Bang Jamal Yang Cuba Scam Duit Baby Shima? Lesap Sampai Call Tak Jawab Dan WhatsApp Tak Balas

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN