web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penyanyi Kontroversi Baby Shima Umum Mahu Bertanding Di PRN Mewakili Parti Bebas

Baby Shima telah membuat pengumuman mengenai penyertaannya pada PRN kali ini dalam sebuah video yang dimuatnaik di Instagram

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 12:19PM

Baby Shima - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi sensasi, Baby Shima membuat kejutan apabila mengumumkan ingin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Baby Shima telah membuat pengumuman berkenaan menerusi sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagram.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia. Dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu bawa perubahan. Fikir-fikirkanlah anak muda. Undi saya,” katanya. 

Menerusi kenyataan yang diberikan kepada pihak media, Shima menegaskan bahawa dirinya serius dan merancang untuk bertanding mewakili parti Bebas.

“Jujurnya saya memang serius mahu bertanding pada PRN ini mewakili parti Bebas. Kawasan mana tu, saya akan umumkan bila  tiba masanya.

“Bagi saya, dengan sokongan yang diberikan, golongan artis sebenarnya boleh mewakili rakyat terutamanya dalam menyuarakan hasrat anak-anak muda.

“Saya cuma mahukan yang terbaik untuk rakyat. Kalah atau menang itu soal nombor dua. Tidak salah untuk mencuba perkara baik. Doakan saya ya!” Katanya.

Sementara itu, di bahagian komen hantaran berkenaan, kelihatan netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap pembabitan Shima dalam PRN kali ini. Ada yang menyokong malah ada juga yang menentang pembabitannya dalam bidang politik kerana dikatakan masih belum cukup ilmu.

Sebelum ini penyanyi rap, Altimet juga mengumumkan bahawa dia akan bertanding di PRN kali ini mewakili parti PKR di DUN Lembah Jaya. 

Pembabitan selebriti dalam bidang politik bukanlah perkara baru di Malaysia. Sebelum ini terdapat beberapa selebriti yang menceburkan diri dalam bidang ini malah pernah bertanding di Pilihan Raya Umum antaranya ialah Datuk Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham. – Getaran, 25 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

2

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

3

Politik 2 tahun yang lalu

Sabar, Istiqamah Jalankan Tugas Sementara Tunggu 'Post Mortem' PRN - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Bakal Menghadap Sultan Petang Ini, Amirudin Kekal MB Selangor?

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN