web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Gabung Artis Malaysia Indonesia

Menurut Pengarah Projek Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang mewakili Mission Sight, Riezman Khuzaimi, konsert ini membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 2:09PM

Konsert ini bakal menampilkan bakat-bakat irama dangdut Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena dari Indonesia manakala artis tempatan yang terlibat adalah Ani Maiyuni dan Baby Shima - Gambar Instagram Ani Maiyuni

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun konsert muzik dangdut agak jarang dipentaskan di Malaysia, namun dengan menanam keyakinan genre ini masih diminati ramai, Mission Sight Sdn Bhd bakal menghimpunkan bintang dangdut popular tempatan dan Indonesia di satu pentas.

Dengan menampilkan bakat-bakat irama dangdut tempatan dan negara jiran, menerusi Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia ini bakal berlangsung di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 12 Ogos depan.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu menampilkan bakat-bakat irama dangdut Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena dari Indonesia manakala artis tempatan yang terlibat adalah Ani Maiyuni dan Baby Shima.

Pengarah Projek Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang mewakili Mission Sight Sdn Bhd, Riezman Khuzaimi berkata, konsert ini membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.

“Muzik dangdut di negara Malaysia ini tidak berkembang seperti di negara jiran yang cukup disanjungi oleh mereka. Malah di negara kita tidak ramai artis berkembang dengan genre ini.

“Jadi, kami gabungkan bintang dari kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia untuk menggegarkan kembali industri dengan muzik dan lagu-lagu dangdut.

“Dalam pada itu, kami berasakan dengan penganjuran konsert ini nanti dapat menarik peminat-peminat dari negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei untuk menonton artis kegemaran mereka membuat persembahan.

“Secara tidak langsung acara ini dapat mengembangkan industri pelancongan negara juga dan kami merasakan ia cara pemasaran baharu untuk industri pelancongan dan muzik,” katanya.

Riezman berkata demikian ketika sidang media Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang berlangsung di Jakarta semalam.

Kongsi berlanjut, Riezman berkata sebagai penganjur konsert yang menggabungkan bakat dua negara ini, dia akan cuba sebaik-baiknya bagi memastikan kelancaran projek itu.

“Apa yang saya tekankan adalah saya cuba pastikan penampilan artis pada konsert dijaga dengan baik. Kita akan meminta mereka mengenakan pakaian sopan yang selaras dengan budaya negara masing-masing.

“Selain itu, saya akan meningkatkan kawalan keselamatan berikutan dijangka ramai peminat dari luar negara yang datang. Jadi, kita berhibur tetapi dengan batasan,” ujarnya.

Konsert itu bakal menampilkan pengacara, Didie Alias sebagai hos bersama Shandra Rose dari Indonesia.

Menghangatkan lagi konsert sudah pasti pelopor genre dangdut tanah air iaitu Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram sebagai tetamu khas. – Getaran, 2 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN