web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mizz Nina Umum Sudah Berkahwin Dengan Essam Muhammad

Mizz Nina telah berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di akaun Instagram pada malam Khamis.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 10:22PM

Mizz Nina dan Essam Muhammad - Gambar Instagram Mizz Nina

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti  terkenal, Mizz Nina hari ini telah membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa dirinya kini sudah bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Essam Muhammad.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, telah mengumumkan berita gembira itu menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.

"Bismillahirahmannirahim. Alhamdulillah segala pujian bagi Allah di atas rahmat-Nya. Saya ingin berkongsi dengan anda semua bahawa saya telah pun bernikah pada suku kedua tahun 2023 dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

"Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis takdir hidup kami dengan indah sekali. Alhamdulillah,  dengan restu daripada kedua ibu bapa kami, kami berdua dapat saling melengkapi di antara satu sama lain.

"Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah. Kami berkongsi matlamat dan aspirasi yang sama dan sangat teruja mengharungi kehidupan baru kami,"  tulisnya.

Kongsi Mizz Nina lagi, dia dan suaminya akan mengadakan majlis resepsi secara tertutup di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Essam Muhammad merupakan seorang penyanyi rap dan pelakon yang berasal dari Amerika Syarikat. Dia banyak menghasilkan karya-karya yang berkaitan dengan dakwah Islam.

Tahniah diucapkan kepada Mizz Nina dan Essam. Semoga perkahwinan yang dibina ini kekal hingga ke Jannah.  - Getaran, 15 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Noh Akur, Serah Musa Kepada Mizz Nina

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Isu, Pernikahan Sabri Yunus - Ardini Sah Mengikut Syarak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Adik Beradik Antara 155 Pasangan Nikah Pada Hari Malaysia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN