web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Noh Akur, Serah Musa Kepada Mizz Nina

Vokalis Kumpulan Hujan itu terpaksa serah anak susulan perintah mahkamah dan jelaskan bahawa tiada isu perebutan berlaku

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Jan 2024 4:25PM

gambar Instagram mohammadnohbinsalleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh, 39, terpaksa menyerahkan anak angkatnya, Musa yang berusia tiga tahun kepada bekas isteri, Mizz Nina, 44, pada malam Sabtu lalu selepas wanita itu hadir ke rumahnya bersama suami, pihak polis dan beberapa individu lain.

Noh berkata, dia menuruti permintaan Mizz Nina meskipun hatinya berat dan hancur untuk melepaskan Musa yang berada di bawah jagaannya, susulan perintah interim yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah. 

"Malam semalam lebih kurang jam 8.30 malam pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkamah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.

“Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya.

“Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam,” kongsi Noh pada satu hantaran Instagram pada Ahad.

Dalam perkongsian yang sama, Noh turut memberitahu bahawa tiada sebarang persengketaan yang berlaku di antaranya dan Mizz Nina. Tiada juga sebarang isu perebutan anak berlaku.

“Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dengan jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.

“Saya berharap kenyataan ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa,” tulisnya lagi.

Noh juga turut memaklumkan bahawa temubual bersama rancangan Melodi terbitan TV3, diadakan pada 13 Januari lalu, iaitu kira-kira jam 2.45 petang, berhubung dakwaan menculik anaknya daripada jagaan Mizz Nina. 

“Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni. Buat pengetahuan umum, interview bersama Melodi telah dijalankan pada tarikh 13/1/2024 pada jam lebih kurang 2.45 petang,” ulas Noh. – Getaran, 15 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN