web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dituduh Perampas Tunang Orang - Farisha Iris Tidak Mahu Ambil Pusing Dan Tidak Peduli Kisah Silam Teman Lelakinya 

Tambah bekas peserta Big Stage musim ketiga itu lagi, dia enggan ambil peduli kisah lalu teman lelakinya itu walaupun sering menjadi bahan bualan netizen dalam laman sosial.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 4:23PM

Farisha Iris - Gambar Instagram Farisha Iris

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Orang kata saya perampas. Itu tidak benar sebab kami baru kenal sekitar 1 Mac 2023 dan dia sudah lama putus tunang." 

Demikian penafian dibuat oleh penyanyi Farisha Iris apabila dituduh sebagai perampas tunangan orang oleh netizen gara-gara menjalin cinta bersama bekas pemain bola sepak, Hardee, 29.

Menurut Farisha, lelaki yang kini bergelar kekasihnya, itu bukan tunangan sesiapa saat mereka serius menjalin cinta sejak Mac lalu.

“Saya memang sedang bercinta tetapi saya ingin menegaskan bahawa saya tidak merampas hak sesiapa.

“Kenyataan yang mendakwa saya perampas memang tidak tepat kerana saya kenal si dia (Hardee) awal tahun ini dan dia sudah lama putus tunang,” katanya kepada Getaran.

Farisha berkata demikian ketika Pelancaran Sumbangan Rahmah Industri Muzik dan Ramah Mesra Artis bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, baru-baru ini.

Farisha menafikan bahawa dia adalah perampas tunangan orang. - Gambar Instagram
Farisha menafikan bahawa dia adalah perampas tunangan orang. - Gambar Instagram

Bagaimanapun, Farisha atau nama lengkapnya Farisha Asmadi, 24, berkata dia terkesan dengan cemuhan dan tohmahan netizen. 

Malah, Farisha turut terkilan apabila ada yang cuba melayangkan tuduhan yang bukan-bukan tanpa sebarang bukti yang kukuh.

“Sejujurnya, memang saya terkesan. Lebih-lebih lagi apabila netizen sekadar bercakap, kata dia lelaki gatal, kaki perempuan dan sebagainya. Tapi tak sertakan bukti.

“Setiap kita ada cerita masing-masing. Saya boleh cerita kisah silam saya. Tapi aib saya Allah tutup sampai sekarang, Alhamdulillah. Itu pun tak tahu sampai bila,” ujarnya. 

Tambah bekas peserta Big Stage musim ketiga itu lagi, dia enggan ambil peduli kisah lalu teman lelakinya itu walaupun sering menjadi bahan bualan netizen dalam laman sosial.

Jelasnya, sebaliknya lebih gemar mengambil pendekatan berbincang dengan si kekasih bagi meluahkan kebimbangan yang dirasai.

“Sebenarnya apabila jumpa orang baru saya tidak suka ambil tahu mengenai latar belakangnya. Setiap kita ada cerita masing-masing. Saya tidak mahu orang tahu masalah lalu kerana manusia dilahirkan berbeza-beza pendapat, rupa dan perangai.

“Namun mulut orang saya tidak boleh tutup pun dan biarkan sahaja apa yang mereka ingin cakap, yang penting saya dan dia tahu kebenarannya,” kongsinya. 

Terdahulu, nama Farisha tular gara-gara hubungan cintanya dengan Hardee yang sebelum ini putus tunang dengan seorang pempengaruh media sosial, Myra Zainal yang didakwa berpunca daripada orang ketiga. - Getaran, 5  Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa