web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedia Ceraikan Isteri, Bayar Nafkah RM11 Ribu Sebulan Antara Isi Kandungan Surat Perjanjian Virgoun

Menerusi hantaran di Instagram Story, isterinya Inara atau Idol Rusli memuat naik isi kandungan surat perjanjian antara Virgoun dan dirinya pada 24 Ogos 2022 ketika penyanyi itu kantoi curang menjalin hubungan dengan seorang wanita bernama Austina Tenri Ajeng Anis. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 12:00PM

Virgoun - Gambar detikdotcom

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih hangat diperkatakan isu kontroversi kecurangan membabitkan penyanyi Virgoun yang bukan sahaja mempunyai perempuan simpanan malah melanggan pelacur sepanjang perkahwinan.

Terkini menerusi hantaran di Instagram Story, isterinya Inara atau Idol Rusli memuat naik isi kandungan surat perjanjian antara Virgoun dan dirinya pada 24 Ogos 2022 ketika penyanyi itu kantoi curang menjalin hubungan dengan seorang wanita bernama Austina Tenri Ajeng Anis. 

Dalam surat berkenaan membuktikan bahawa Virgoun yang terkenal dengan lagu Selamat Tinggal telah menjalin hubungan dengan wanita berkenaan sejak September 2021. Bukan itu sahaja, Virgoun pernah berjanji akan menceraikannya dan membayar nafkah lebih RM11,900 sekiranya terjadi lagi perkara ini. 

“Apabila di kemudian hari saya terbukti mengulangi perbuatan curang yang melukai isteri dan keluarga, saya sedia untuk menceraikan isteri saya, memberi nafkah sebanyak 40,000 rupiah sebulan dan memberi hak penjagaan tiga anak kami kepadanya,” tulis Virgoun dalam surat berkenaan. 

Bukan itu sahaja, menurut Inara, dia membuat keputusan menceritakan kecurangan Virgoun kepada umum kerana sudah penat berdepan dengan sikap dan perangai suaminya itu.

Ibu kepada tiga orang anak itu turut berkongsi beberapa bahan bukti bahawa suaminya pernah melanggan pelacur beberapa kali, selain mendedahkan dirinya pernah melakukan rawatan laser untuk tampil kurus bagi memenuhi keinginan suaminya. 

“Pernikahan itu bukan tentang saya dan dia sahaja. Pernikahan adalah tentang bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling seperti orang tua dan keluarga kami,” katanya ketika ditanya mengapa memilih untuk terus bertahan dalam perkahwinan mereka. – Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Cara Untuk Sembuhkan Hati Selepas Dicurangi

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Lagi Drama Curang Selebriti! Kali Ini Hafidz Roshdi Didakwa Main Kayu Tiga

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad